BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, October 7, 2010

Tea Tree Oil : 7 perkara yang boleh ia lakukan

Hai readers.

Aih, musim tengah sibuk dengan thesis writing untuk final year project ni kot! OSR boleh pula berjimba-jimba kat Facebook.

OK mari straight to the point :P

OSR ada idea bagaimana nak gunakan produk yang wangi ni.

The Body Shop Tea Tree Oil, RM 29.90

1. Suka picit jerawat? Ouch! I like too! Lepas tu dah berdarah-darah baru risau "Alamak habislah berparut wajahku!". Cepat-cepat sapu kat luka kesan picitan jerawat tu. Lepas tu rasa sejuk sangat. Ulangi selalu dan tiada parut akan terjadi.

2. Tengah-tengah sapu foundation kat muka sekali ada rasa macam jerawat batu dah bersiap sedia nak tumbuh! OMG sakit ok! OSR tak suka sakit yang disebabkan jerawat batu, so bila OSR sapu tea tree oil ni, dia akan membesar dengan lebih cepat (lepas tu boleh picit cepat-cepat :p) ataupun dia akan hilang terus. Awesome.

3. Selsema atau hidung tersumbat. Letak 2-3 titik tea tree oil dalam air panas suam-suam. Basahkan tuala dengan air tu, lepas tu letak kat dahi. Bestnya tidur.

4. Aromatherapy. Letak sikit dalam pot aromatherapy tu, lepas tu nyalakan lilin. Sangat relaxing.

5. Cagu di jari! Ouch! OSR ada cagu mega di jari ibu kaki sebelah kanan dulu-dulu. Bila titiskan tea tree oil ni setitik dua untuk 2 atau 3 kali sehari, dengan izin Allah cagu tu kering dengan cepat. Kadang-kadang sehari pun dah cukup.

6. Hidung berminyak di siang hari? Sebelum tidur tepekkan tea tree oil kat hidung. Esok bila bangun, cuci muka.

7. Pori-pori muka terbuka luas. Tak payah guna toner pun. Sapu tea tree oil. Memanglah berminyak sikit, tapi bila dah cuci balik, dah nampak hasilnya.

*****

Bila difikirkan balik, sangat berbaloi walaupun botolnya kecil sangat dan harganya cukup untuk beli 2 set ayam KFC.

Lapar.

2 comments:

Nabil Fikri said...

sure leh ilang jerawat ke?

Oh So Random... said...

sure. OSR da penah try :)