BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, August 26, 2010

Comelnya Kawan-Kawan OSR!

Pada 26 Julai 2010 OSR dan kawan-kawan sekelas berbuka puasa di Puteri Resort, Ayer Keroh. 26 orang yang terlibat dalam event ni. Perancangan dilakukan dengan sangat rapi, thanks to Jo dan Ina :) Dengan bayaran RM 33 seorang, kami semua pulun segala apa makanan yang terhidang. Hasilnya, perut kami kenyang sampai ke pagi.

Servis di Puteri Resort sangat superb. Selain diiktiraf oleh JAKIM dan dapur yang mereka gunakan untuk menyediakan makanan disahkan mengikut standard untuk sijil HALAL, kawasan sekitar resort tu memang cantik. Tempat makan dia (which OSR have no idea what it is called) sangat selesa. Surau yang disediakan sangat luas dan dilengkapi air-conditioner. Buffet yang disediakan pun enak-enak, dan semuanya macam unlimited, you all boleh makan laksa kat situ sampai perut you all pecah. Pendek kata, elok sangatlah serba-serbi.

Sangat puas hati. OK tak baik riak.

Kawan-kawan OSR sangat supporting, bila OSR kata OSR nak snap photo mereka untuk di-upload dalam blog, mereka bersedia dengan hati yang terbuka. Thanks pada semua yang memberi kerjasama :)

*Bersiap sedia dengan jari telunjuk you all untuk scroll down*

*****

Yang lelaki semuanya simple but nice :

Gadis-gadis semuanya sopan-sopan belaka berpakaian tradisional Melayu :

Ada juga gadis-gadis yang berpakaian kasual. Lebih selesa :)


*****

Segalanya selesai pada pukul 10 malam, selepas upacara bertukar-tukar hadiah dan sesi camwhoring. Sangat bersyukur dapat berbuka puasa dengan rakan-rakan sekelas buat kali terakhir sebelum tamat pengajian.

Oh, OSR dah nak habis belajar. So lepas tu kena start bekerja ke? Oh! So Disaster.


Tuesday, August 17, 2010

Update Laju

Hello readers. OSR tak ada idea best la nak update apa. Tapi OSR perlu update juga sebab takkan nak biarkan blog ni bersawang pulak. Hehe... How all of you have been doing? OK ka?

Di bulan Ramadan ni, memang perkara biasa bagi OSR mengalami jadual tidur yang tunggang terbalik, seluar londeh sana sini dan paling teruk sekali, OSR rasa macam dah lama sangat tak minum plain water T_T

OSR nak share dengan you all beberapa photos yang OSR snap menggunakan handphone sepanjang seminggu ni.

*Cousin OSR dah kahwin minggu terakhir sebelum Ramadan. Cantik kan pelamin dia?*


*Ini pun cantik juga kan? Hehehe... Aa tepuk la sikit! (Style fasi Micet July '10)*


*Coklat mak beli kat Langkawi. Fuh! Sedap!*


*Wajah tak mandi pada Awal Ramadan*


*Inilah dia buah markisa. Buah ni perlu dijadikan jus untuk projek Plant Design group OSR*


*Tadaaa.... inilah concentrate-nya. Sumpah bau dia best, macam bau buah mangga*


*Choc chip cookies superb yang dijual oleh kawan OSR, Nani. Sedap gila. Habis dalam masa satu hari*


*OSR nak tidur petang di Ramadan ke-2*


*Miau di hostel. Manja sangat. Jantan, tapi bila mengiau macam betina. Kucing memang comel*


*Hujan setiap hari. Ni permandangan dari tingkap bilik OSR di hostel*


*OSR dan adik-adik di kampung*


*Take away McD. Makan dengan family di pintu gerbang Ayer Keroh yang ada menara di kiri kanan gerbang tu*


*Alang-alang dah tumpang toilet lelaki. Test guna bowl tu. Well, jangan tiru aksi ni*


*Awan kelabu di Seremban masa on the way nak balik Tampin dari Salak Tinggi. Gelap gila!*


*OSR tunggu dalam kereta masa mak dan ayah pergi bazar Ramadan. No thanks to asap-asap masakan kat bazar*


*Amacam? Pose ala-ala princess gitu. Hehehe*


*OSR order fragrance 212 Sexy for Women, dapat yang For Men. Jual balik!*


*Home sweet home OSR. Siap ada Jalur Gemilang lagi sempena Bulan Kemerdekaan*

Banyak tak photo OSR? Ehehe... Nanti bila OSR ada topik best nanti OSR update lagi okay! :)