BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, September 30, 2010

Promotion : Capati Terbaik

Hai readers.

Sumpah OSR tak pernah makan capati mamak!

Sebab capati buatan orang Melayu ni lagi sedap dan menyelerakan.

*Capati dengan kari ayam RM2.50, kari daging RM3.00*

OSR tak pandai nak mem-promote makanan. Tapi percayalah, ianya sedap!

Kat mana nak cari?

Boleh dicari di Durian Tunggal, dekat traffic light, ada Pusat Giat MARA Durian Tunggal, sebelah tu ada blok warung-warung. Warung capati ni ada di warung nombor 2 dari sebelah kiri.

Yummy!

Buah Hati Mak OSR

Hai readers.

Ni OSR nak cerita sikit pasal mak OSR. Alahai, ni je la mak OSR yang sorang. Tak ada dua, tak ada tiga.

*Happy Birthday Saya*


*Like mother, like daughter*


Mak OSR merupakan seorang cikgu besar di sebuah sekolah kecil di Kota, Rembau. Dulu-dulu mak pernah jadi English teacher OSR masa zaman-zaman sekolah rendah dulu. Garang woh! OSR pernah kena denda berdiri luar kelas sebab tak siapkan homework. Padahal kawan-kawan yang lain tak kena pun, walaupun kerja mereka tak siap juga. Ini tidak adil!

Tapi seronok juga masa tu, sebab mak bekerja di sekolah di mana OSR belajar. Bila duit belanja tak cukup je, OSR ketuk je pintu bilik beliau, lepas tu buat aksi gedik sambil berkata :

"Mak, nak duit."

Dengan sepantas kilat mak mesti menghulurkan duit sebanyak RM1. Lepas tu OSR pun pergi kantin beli keropok lekor 10 batang.

Tak pun kadang-kadang tekak OSR terasa macam nak makan makanan di kantin guru, seperti biasa OSR mesti akan melakukan aksi gedik terlampau, tapi kali ni di hadapan kawan-kawan beliau. Jadinya takkan mak nak marah kan :P

"Mak, nak makan mihun sup."

Yeah. Semangkuk mihun sup untuk OSR di meja kantin guru. Heaven gila dapat makan style VIP.

Oh tapi itu dulu. Bila dah masuk sekolah menengah, mak pun dah transfer ke sekolah rendah yang lain, maka OSR pun kembali menjadi seorang pelajar yang tak ada apa-apa privilege. Makan makanan murid-murid. Minum air segelas 20 sen, dengan mi goreng ada sayur je. Sobs.

Bila dah besar-besar macam sekarang, OSR dah lagi tinggi dari beliau, dan kadang-kadang OSR suka menyakat beliau. Kasihan mak kena buli, kena bahan... Tapi Along gurau-gurau je. Hehehe...

*Tu dia dengan spek robocop dia*


Ada satu hari OSR ikut mak pergi sekolah, masa tu hari Isnin. Sampai-sampai sekolah je dia pesan, "Kalau nak duduk dalam bilik, bukak la kipas. Panas."

Maka OSR pun masuklah bilik tersebut dan dengan confident-nya terus menekan suis untuk menggerakkan kipas. Tapi tiba-tiba OSR rasa macam tersalah tekan.

Kringggggggg!!!!!!!!!!!!(Tertekan suis loceng)

Jadinya pagi tu satu sekolah start perhimpunan 20 minit lebih awal dari biasa. OSR hanya tersengih-sengih je bila dah kena jeling. Hehehe...

Sekarang mak dah ada geng baru. Namanya ialah, aaaa..... tak tahulah namanya apa. Tapi inilah dia.


Sebelum pergi kerja mak jenguk. Balik kerja dia jenguk lagi. Bangun tidur terus pergi tengok buah hati dia yang banyak tu. Sebelum tidur pun sama. Lepas tu kat rumah tu semua orang tak boleh bagi ikan-ikan tu makan. Dia je yang boleh.

OSR sebagai anak beliau yang manja dan gedik ini sangat cemburu ok!

Takpelah mak. Asalkan mak bahagia.

<3

Monday, September 27, 2010

Aktiviti Hari Ini : Sensory Evaluation of Food :)

Hai readers.

Rutin baru OSR sejak lepas menyambut Hari Raya ni ialah lunch di Jusco Food Court setiap Isnin.

Sebelum pergi ke Jusco, OSR sempat singgah kampus untuk menghadiri sesi Sensory Test yang diadakan oleh kawan sekelas OSR, Aina. Ini adalah salah satu test yang beliau perlu lakukan dalam final year project.

Produk makanan yang beliau test ialah jus buah : tembikai susu, tembikai dan mangga.

Jus mangga Aina memang superb!

Ini ialah apa yang ada dalam tray yang OSR dapat untuk Sensory Testing hari ini.

*3 samples, dan segelas (tak berapa nak segelas) plain water untuk rinse mulut. Sebelah tu ialah questionnaire sheet*


Dalam test (ia dikenali sebagai Hedonic Test) ni, OSR dikehendaki memberi penilaian tentang warna, bau, kemanisan, dan 'mouthfeel' kesemua jus-jus tersebut.

Dan secara keseluruhannya OSR memang suka pada jus mangga tu! Obviously lah kan :)

*OSR mengisi questionnaire form dengan rasa penuh dedikasi*


OSR akan cuba update tentang makmal di mana Sensory Test diadakan dan special features yang ada di makmal ni.

So, expect more updates soon!

Saturday, September 25, 2010

Event Terakhir OSR di MICET : Warna Warni Aidilfitri 1Malaysia 1Raya

Hai readers.

Annual event di UniKL MICET sempena Hari Raya :

2008 : Gempita Raya
2009 : Lip Lap Raya
2010 : Warna-Warni Aidilfitri 1Malaysia 1Raya

Tahun ni OSR pergi ok! Bukan sebab nak tengok jejaka-jejaka band yang perform, ataupun nak mem-pulun makanan yang ada, ataupun nak mekap dan berpakaian sakan untuk menang anugerah Best Dress, ataupun apa-apa sajalah. Tapi sebab nak rasa kemeriahan, dan nak spend masa dengan kawan-kawan. Masa ni lah nak jumpa kawan-kawan yang dah lama tak jumpa. Maklumlah OSR ni kan sibuk. Huhuhu...

*Kawan-kawan kelas OSR yang gorgeous!*
Dari kiri : Nonie, Izzah, Qemal, Lin, Cida, OSR


*Gelak sakan bersama classmates*
Atas dari kiri : Khahar, OSR, Lin, Qemal, Pija, Ika, Atiq, Jo
Bawah dari kiri : Izmie, Qurik, Azlinor


Tahun ni tak ramai classmates OSR yang join event raya ni. Mungkin kesibukan ataupun mood raya masih tebal so mereka pulang ke kampung halaman setiap hujung minggu.

Warna-Warni Aidifitri tahun ni tak semeriah tahun-tahun lepas. So OSR bagi rate 3.5/5. Yeah!

Thursday, September 23, 2010

Kesibukan : Menyembuhkan rekahan tumit

Hai readers.

Sorry sebab dah lama tak update. Well, macam biasalah. OSR kan busy.

Bukan busy apa. OSR sedang keresahan, gara-gara tumit OSR yang merekah akibat terlalu banyak berdiri. Dan OSR suka pakai flip flop untuk berjalan jauh. Kasihan OSR tengok tumit OSR. Tak dapat cukup kasih sayang.

So dalam seminggu ni OSR hanya fokus pada tumit OSR sahaja. Tidak kepada jerawat yang tumbuh bagaikan juara di dagu. OSR gunakan product ni :
*Himalaya Herbals Foot Care Cream*

Baru seminggu tau OSR guna, dah nampak hasilnya. Rekahan dah kurang, tumitku menjadi cantik seperti biasa.

OSR pun tak tahu kenapa hasilnya begitu cepat, mungkin sebab OSSR sapu krim tu terlalu kerap dalam sehari, berbanding 2x yang dicadangkan pada label.

Harga product ni OSR dah tak ingat, tapi dalam lingkungan RM20 something. Bau dia wangi, tak seperti product kaki yang lain. Dan product ni ialah traditional herbal preparation. Ia tiada chemical yang merengsakan kulit. Yeah!

Percayalah, kecantikan seseorang wanita boleh dinilai pada kaki beliau. Muka cantik jelita, tapi kaki compang camping, oh tidak, OSR tak sanggup nak memikirkan lagi tentang perkara selanjutnya.

So gadis-gadis sekalian, lihat kaki anda.

Kulit kering? Sapu losyen selalu.
Kuku panjang? Potong!
Tumit merekah? Gunakan Himalaya Herbals Foot Care Cream!

update 27/9 : harga produk ni RM21.90

Wednesday, September 15, 2010

Malaysia Day vs Merdeka Day

Hello readers.

*Thanks Google Images!*

Tahun ini ialah tahun pertama kita menyambut Hari Malaysia sejak diperkenalkan.

Hari ini pada tahun 1963, persekutuan Malaysia ditubuhkan dengan penyertaan Malaya, Sabah dan Sarawak untuk membentuk Malaysia.

Menurut Berita Harian (19 Oktober 2009), berikut adalah penjelasan Perdana Menteri Malaysia tentang perbezaan antara Hari Kemerdekaan yang disambut pada 31 Ogos dengan Hari Malaysia yang kita sambut hari ini.

Hari Kemerdekaan (31 Ogos 1957)
Hari untuk mengingatkan kita akan perjuangan mencapai kemerdekaan dari penjajahan. Hari Kemerdekaan akan dirayakan dengan pelbagai acara rasmi seperti perarakan dan sebagainya untuk mengingati detik bersejarah itu.

Hari Malaysia (16 September 1963)
Hari yang dirayakan dengan acara-acara bersifat mengeratkan perpaduan, persefahaman antara kaum, kejayaan dan pencapaian masyarakat menerusi bidang sukan, sosio-budaya, kesenian dan lain-lain yang akan menyemarakkan semangat 1Malaysia.

*****

Selamat Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia.

OSR sangat berbangga kerana menjadi rakyat Malaysia, negara yang indah dan kaya dengan keindahan alam semulajadi.

*Gambar dipinjam dari royalshacz*


Tuesday, September 14, 2010

DIY : OSR kebosanan

Hai readers.

Ni maxi dress OSR. Dibeli tahun lepas... kot? Tak ingat. Pakainya sekali dua je. Sebab OSR kan super skinny. Strapnya selalu terlondeh sana sini. Hehehe...


*Dibeli dari Paper Doll's Dresses. Sorry kaki OSR yang gebu itu cuba mencari publisiti murahan dalam post kali ini.*

Disebabkan OSR dah tak berminat untuk memakai maxi dress tersebut, OSR cuba menukarkan ia menjadi long skirt.


Tadaa! Inilah high-waisted paperbag long skirt OSR.

Esok OSR nak cari fabrik dan suruh tailor buatkan sepasang maxi dress baru according to the maxi dress' size. Tapi tak nak smocking kat area badan.

Tahukah you all bahawa untuk ketinggian OSR, OSR memerlukan maxi dress yang berukuran 55 inci atau lebih. Agak rare, tapi sangat mudah didapati di Nichii, Padini dan Forever 21. Dan of course, maxi dress di butik memang pattern-nya sangat cantik dan fabrik yang digunakan pun jenis yang berkualiti tinggi. Tapi awal tahun ini OSR beli sepasang maxi dress di pulau Pangkor dan ukurannya perfect dengan ketinggian OSR. Happy, sebab murah :)

~Love~

Sunday, September 12, 2010

OSR : Satu Syawal

Hai readers.

Pada satu Syawal OSR hanya memakai baju raya yang 3 tahun lepas T_T

Ni semua gara-gara nak ikut tema lah, semua ahli keluarga OSR memakai baju raya bertemakan warna ungu maroon-maroon sikit. So terpaksalah OSR berkorban dengan memakai baju lama. Tak apa. Yang penting hari kemenangan penganut agama Islam ini diraikan dengan rasa gembira dan kesyukuran.

*Gambar kenangan bersama keluarga dan atuk tersayang*

Beraya di kampung halaman haruslah menunjukkan sifat-sifat kesopanan.

Tapi apalah daya, walaupun OSR dah cukup cantik dan jelita di pagi raya, OSR sangat malu untuk menyatakan bahawa kacang itu sangat sedap dan OSR terpaksa tuang satu balang kacang itu ke dalam handbag untuk dijadikan snek dalam kereta nanti.

*Klik pada gambar untuk melihat dengan lebih dramatik lagi*

Maafkan daku Nenek Leha.

XoXo

Wednesday, September 8, 2010

OSR : Beberapa Pengumuman

Hello readers.

OSR nak mengucapkan Salam Aidilfitri pada semua ahli keluarga, sahabat handai, ex-boyfriends, ex-friends (ada ke?) dan juga semua penganut agama Islam sedunia :)

*Raya tahun lepas di rumah nenek*

OSR dah lama tak update kan. Maklumlah, OSR sibuk dengan urusan raya ni. So OSR tak dapat nak buat research tentang topik-topik menarik untuk dikongsi dengan you all.

*Penemuan baru OSR. Ini baru namanya kurus melengkung. Omaigod!*

*****

Ini ialah cropped blazer yang OSR beli online, tapi tak muat. Sesuai untuk yang bersaiz M dan ke atas. Materialnya ialah tweed dan OSR beli dengan harga RM49 kalau tak silap. Sangat power shoulder dan Gaga style.Ada sesiapa yang berminat? Boleh email OSR okay :) Ada tawaran baik untuk anda.

*Serious OSR tak muat blazer nih! Sedih!*

*****

Thanks kepada sahabat OSR, Adilin yang membuat surprise tudung Syria dalam bekas Tupperware. Atas permintaan beliau yang nak tengok gambar OSR pakai tudung ni, haaa terimalah!

*Apa pasal macam ke belakang sangat je inner dia? Sory Lin, kita baru 1st time pakai :p*

Tapi lepas tu bila dah praktis banyak kali baru nampak elok sikit cara pemakaiannya. So happy!

*Thanks Lin. Ailebiyu!*

More updates soon! Jangan bosan membaca Oh So Random sebab OSR sebenarnya ada banyak perkara yang seronok untuk dikongsi :)

Love.