BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, October 26, 2010

Iklan Deepavali

Hi readers.

5 November nanti ialah hari perayaan kaum India, Deepavali.

Ingat tak iklan Petronas ni? Pernah disiarkan 4 tahun yang lalu.

OSR sangat suka tengok iklan ni sebab nenek tu cool gila! Hahahahaa!

Try tengok, pasti rasa nak tengok lagi :)



Monday, October 25, 2010

5 kelebihan jika kita minum Nesvita Omega Plus

Hello readers.

OSR nak kongsi 5 sebab kenapa kita patut minum Nestle Nesvita Omega Plus.

Let's go!

  1. Ianya mengandungi sterol dari tumbuhan yang membantu mengurangkan kolesterol. Apa itu sterol? Sterol tumbuhan ialah molekul organik yang terdapat dalam tumbuhan yang telah terbukti secara klinikal boleh menghalang kolestrol dari diserap ke dalam darah.

  2. Ianya tinggi dengan kalsium yang sememangnya kita tahu bagus untuk tulang.

  3. Ianya mengandungi 60% kurang lemak berbanding susu penuh krim. Yang diet tu boleh minum susu ni :)

  4. Susu ini mengandungi Omega 3 dan Omega 6, iaitu sejenis asid lemak yang kita perlukan, tetapi tidak dihasilkan oleh badan dan harus diambil daripada makanan harian. Sumber baik Omega 3 dan 6 ialah minyak jagung dan minyak biji sesawi.

  5. Susu ini boleh membantu mengekalkan tahap karotenoid kepada orang-orang yang mengamalkan diet buah-buahan dan sayur-sayuran. Apa itu karotenoid? Karotenoid itu ialah sejenis pigmen yang selalunya terdapat pada buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna dari warna kuning hingga merah (seperti lobak, tomato, betik). Karotenoid membantu membekalkan vitamin A, antioksidan, dan juga meningkatkan fungsi sistem imun badan kita. Malah membantu sistem pembiakan kita agar berfungsi dengan lebih baik!
*****

Banyakkan khasiat Nesvita Omega? Susu tepung ini mudah didapati di pasaraya dengan harga RM 23.90 untuk pek 600 g.

Minum 2 gelas sehari tau.

Tengok, OSR pun minum sebelum pergi kelas.....

Tapi minum Nescafe la. Hehehe...

P/S : OSR lactose intolerant.

Tips rambut tak menggerbang selepas cuci : OSR dah cuba!

Hi readers.

Lepas mandi jangan gosok rambut kuat-kuat dengan tuala tau. Terus balut je.

Memang la lepas tu rambut akan jadi macam ni :


*Disaster*


Tapi bila rambut dah kering sikit, ianya takkan frizzy :)

Tak percaya?

*Selepas disikat dengan sikat jarang*


Bila bangun pagi esok rambut OSR akan jadi macam rambut Claudia Schiffer. Ouch!


Esok OSR presentation FYP. Doakan kejayaan OSR!

Saturday, October 23, 2010

-__-

What? OSR tak update blog lagi?!

Apa OSR buat ntah.

Well, cuba teka?


*Daki gunung sampai ke puncak?*


*Shopping? OMG kat F.O.S. pulak tu!*

*Bercuti dan snorkeling? Kemain lagi!*

*Perhabis duit mencantikkan rambut?*

*Ke perabis duit pergi jalan-jalan cari makan?*

*Ataupun tengah study? Maklumlah dah exam dah dekat*


******

Hehehe OSR akan update blog selepas OSR selesai presentation FYP nanti okay :)

Much love xoxo

Wednesday, October 20, 2010

OSR masih bercuti


Pada 20 Oktober 2010, pukul 8.10 malam (2010 hr), Melaka telah diisytiharkan sebagai sebuah negeri maju.

Bersyukur ke hadrat Ilahi.

OSR sebagai anak jati Melaka merasa sangat bangga :)

*OSR dengan raut wajah bangga*

Take care semua.

xoxo

Monday, October 18, 2010

OSR berehat!

Hello readers.

Atas beberapa sebab yang OSR sebenarnya boleh je nak elakkan, tapi OSR tak nak elak juga, OSR mahu bersantai seketika untuk beberapa hari.

OSR akan update lagi lepas OSR dah puas bersantai macam ni:

*Di Lumut, September 2010*

Take care semua :)

Sunday, October 17, 2010

OSR dan Hostel

OSR terpaksa menjawab soalan yang sama dari ramai orang tentang OSR dan penempatan OSR di hostel kampus.

So please, lepas ni jangan tanya lagi ok.

*****

Q : Eh, dah tak duduk hostel lagi ke?
A : Eh, duduk. Tapi sekarang tinggal kat rumah je.

Q : Barang kat bilik ada lagi ke tak?
A : Ada. Cadar sarung bantal semua ada.

Q : Mak ayah tak marah ke membazir je bayar yuran hostel tapi duduk rumah?
A : Tak pun. Means OSR tak menyusahkan diorang la :)

Q : Membazirlah dah bayar yuran hostel tapi tak duduk?
A : Haah. Tapi membazir masa juga tunggu loading 10 minit setiap kali nak google search. Kadang-kadang tak ada internet langsung. Lepas tu membazir masa nak cari parking lot lagi.

Q : Duduk rumah siapa yang ada?
A : Mak dan ayah. Weekend adik-adik semua balik.

Q : Boringlah sekarang dah tak boleh keluar berjimba-jimba?
A : Come on, OSR dah 23 tahun kot. Parents tak set curfew untuk OSR. OSR yang set curfew sendiri. So far OSR berjaya ikut masa yang ditetapkan untuk pulang ke rumah.

Q : Siapa masak?
A : Mak. OSR pun masak juga.

Q : Saving tak duduk rumah?
A : Tak juga. Kenalah tampung perbelanjaan rumah sedikit. Nak duduk free je, lemak la.

Q : Tak suka duduk hostel ke?
A : Tak lah macam tu. Hostel best je. Tapi rumah lagi best :)

Q : Bukan dulu duduk rumah sewa ke?
A : Yerp. Tapi sebulan je.

Q : Kenapa keluar dari rumah sewa?
A : Sebab dah dapat hostel.

Q : Roommates jahat ea?
A : Taklah. Serious diorang sempoi je. Miss them :(

*****

Thank you.

Saturday, October 16, 2010

Experiment mengelakkan rambut kering : OSR berjaya!

Hi readers!

Siapa tak tahu yang OSR mempunyai masalah rambut kasar dan kering dan frizzy? OSR bukan tak sayang rambut, OSR cuma tak ada masa je :p

OK hari ni OSR nak share dengan you all satu eksperimen yang berjaya OSR lakukan. Lab report belum siap lagi. Tapi results dan discussions dah ada dah :)

OSR menggunakan hair conditioner/moisturizer Clairol Herbal Essences Hello Hydration. Kenapa? Sebab dia wangi :) OSR mempunyai masalah kulit kepala yang serius dan terpaksa menggunakan syampu yang berbau tidak enak. Jadi bila OSR guna hair conditioner ni, sedikit sebanyak bau tidak enak itu berkurangan dan ditambah dengan bau kelapa dan orkid. Ingat tak dalam iklan yang negro tu guna syampu sambil nyanyi "kelapa dan orkidddd"? Hahaha...

*Harganya dalam RM18-20 untuk botol besar. Kalau sekadar nak mencuba, boleh cari yang botol kecil di Giant :) Yang kecil harga dalam RM8-9.*


Lepas tu, OSR perlukan Johnson's Baby Oil.

*Beli yang botol kecil sudah. RM 2-3 di farmasi*


Caranya :

1. Syampu rambut seperti biasa.

2. Bilas rambut bersih-bersih.

3. Turunkan semua air di rambut dengan cara memicit2 rambut. Jangan gosok atau geleng-gelengkan kepala ok. Nanti kusut, bila sikat nanti banyak rambut gugur.

4. Tuangkan conditioner di tapak tangan. Amount conditioner yang hendak digunakan tu biar berpada-pada. Kalau rambut pendek, letak sikit je. Kalau rambut panjang, boleh letak banyak :)

5. Titiskan beberapa titik baby oil ke atas hair conditioner yang diletak di tapak tangan tu.

6. Gosok kedua belah tapak tangan sampai semua conditioner berada di seluruh tapak tangan.

7. Sapukan pada rambut. Ingat! Pada RAMBUT. Jangan pada kulit kepala. You all mungkin kene bongkok sedikit dan biarkan semua rambut ke bawah, supaya hair conditioner tak kena pada kulit kepala.
*Ada orang mempunyai kulit kepala yang sensitif terhadap hair conditioner*

8. Lepas tu mari berjoget selama 5 minit sementara menunggu conditioner diserap ke dalam rambut.

9. Bilas rambut sampai bersih, tanpa meninggalkan sebarang sisa sabun atau conditioner.

10. Biarkan air pada rambut turun dahulu, bila dah tak ada air meleleh-leleh turun dari rambut, ambil tuala, balut rambut. Jangan gosok rambut dengan tuala ye kawan-kawan.

11. Keringkan rambut secara semulajadi. Tak perlu hair dryer. Kalau nak cepat, guna lah hair dryer :)

12. Selesai!


*****

OSR dah cuba 2 kali, so far hasilnya sangat memberangsangkan. Tiada rambut frizzy bila bangun tidur, rambut tak kering gila kalau berjemur di bawah sinaran mentari, dan paling obvious rambut OSR kini berwarna hitam. Tiada lagi keperangan. Maknanya rambut OSR semakin sihat :) Rambut OSR juga semakin lembut dan rambut gugur pun dah kurang sebab tiada kekusutan.

*Abaikan kulit muka OSR yang banyak jerawat itu!*

Kepada readers yang berminat untuk mencuba, silakan. Tak rugi apa-apa pun :)

Have fun everyone! <3

Sneakers + Wedges

Hello readers.

OSR suka kasut macam ni :

Tapi OSR juga suka kasut macam ni :

Apa kata kita jadikan ia macam ni :
:)

Friday, October 15, 2010

Random Updates

Hi readers.

OSR nak kongsi satu berita gembira dengan you all.


Hari ini genap 7 hari OSR tak minum Pepsi!

OSR sekarang dalam usaha untuk mengurangkan pengambilan gula sebab takut kaki kena potong bila dah tua nanti >.<

*****

Thanks pada classmates yang datang party makan-makan di rumah OSR semalam :)



Sorry lah takde photos yang proper >,<

Tapi OSR sangat happy dengan kedatangan mereka. Thanks juga pada mak dan ayah sebab sudi membantu OSR menjayakan party makan-makan ni <3

*****

OSR pergi kedai buku hari ni :)

*Preppy habis!*


*Zon kegemaran OSR. Sophie Kinsella. Nak semua!*


*Stephen King. Nak semua juga!*


OSR dah survey buku yang mahu dibeli. Hujung bulan ni bila OSR dah habis baca semua buku yang OSR beli dulu-dulu kala, baru OSR beli yang ini :


*How to avoid common errors in english*
Sangat berguna untuk kemudahan di kemudian hari.
RM 29.90


*Cat care essentials*
Preparation untuk membawa seekor kucing ke rumah. Yeah!
RM 15.90


Dan satu lagi novel yang belum OSR decide yang mana satu :)

I love books!

Sekarang OSR sedang baca novel ni :


Best juga cerita dalam buku ni. Cerita pasal fall in love with bestfriend's ex-boyfriend thingy.

*****

Life is short, so just have fun!

xoxo

Wednesday, October 13, 2010

Jajan : 5 yang menjadi pilihan OSR

Hello readers.

Harap semuanya dalam keadaan yang sihat dan ceria.

OSR memahami, maklumlah sekarang ni dah nak masuk musim final exam. Jadi semua assignment dan project harus disiapkan dengan kadar yang segera. OSR pun sama okay! T_T

Bila OSR stress, mulalah mengidam nak makan coklat lah, yong tau fu lah, Nando's lah, jajan lah.

Haa! Jajan!

OSR seorang penggemar jajan. Jajan tu apa? Jajan tu dalam bahasa korporatnya ialah makanan ringan. Dulu masa OSR kecil-kecil, mak dan ayah macam tak selalu bagi OSR makan jajan je. Lepas tu OSR selalu dapat duit belanja sekolah ngam-ngam je untuk mi goreng sepinggan dan air sirap segelas. Mana ada duit nak beli jajan!

Tapi sekarang OSR dah ditanggung oleh MARA. Malah mendapat sumbangan ikhlas oleh FAMA (father & mother). Selain shopping kat Guardian, OSR juga selalu habiskan duit beli jajan. Apa jajan kegemaran OSR?

credit to daganghalal.com
Twisties mesti mau! Flavour kegemaran OSR mestilah yang pedas iaitu BBQ. OSR suka sangat buka plastik snek ni lepas tu letak bawah kipas biar dia masuk angin. Lepas tu baru makan. Syok woo makan Twisties lemau. Mesti mau!




Bika perisa ayam! Nyam nyam! Rupa dia macam papadom sikit. Tapi rasa dia sangat sedap. Satu bungkus besar tidak mungkin cukup untuk OSR. OSR selalu beli 2 paket :p




credit to KePOMPOM
Bin Bin keropok jagung. OSR baru saja beli satu plastik besar keropok Bin Bin. Ada 60 paket dalam tu, RM 5 je. Baru 3 hari dah habis separuh. Bin Bin ni dalam satu paket ada dua batang keropok berbentuk hollow cylinder yang berperisa jagung. Seriously keropok ni sedap dan enak dimakan begitu sahaja.




Credit to berrymelon

Rocky. Kotak dia macam kotak rokok. Dia merupakan biskut yang berbentuk stick yang disalut dengan coklat ataupun strawberry. OSR suka makan Rocky tapi dalam kotak tu sikit sangat. Bila beli satu kotak, lepas tu dah kena pau dengan adik-adik OSR, memang dapat makan 5 batang je :(




Dan yang terakhir sekali, Super Ring! Mak OSR paling tak suka OSR makan snek ni, sebab dia kata terlalu banyak food colouring. Memang pun. Tapi ianya sangat best. OSR berani kerat kuku, siapa tak suka makan Super Ring? Awww come on!

*****

Walaupun memang benar jajan ni tak bagus untuk kesihatan, sebab dia ada banyak food additive. OSR tahu tu. Tapi, sekali sekala apa salahnya :p

So, apakah jajan kegemaran you all?

Sunday, October 10, 2010

Konsert : Mari bersiap-sedia

Hai readers. Harap semuanya sihat-sihat belaka.

Wah. Lagi beberapa hari je lagi konsert Paramore akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. Tarikhnya 19 Oktober (Selasa), pada pukul 8 malam.


Pasti ramai yang sedang teruja menanti ketibaan Paramore ke Malaysia. OSR ada research-research pasal show Paramore ni, nampaknya ramai di kalangan peminat Paramore datangnya dari golongan belasan tahun. Baguslah. Hayley Williams kan comel. Mesti la remaja-remaja suka. Alaa... yang sebaya OSR pun ramai yang minat Paramore kan? Yang lebih tua pun ada? Lagi bagus :)

Kepada yang dah beli tiket, adakah anda sudah bersiap sedia sepenuhnya? Kepada readers yang baru first time nak pergi live rock concert, OSR ada beberapa tips tentang apa yang perlu dilakukan sebelum tarikh konsert berlangsung.

*Tips by Ron Mariano*

1. Kenali band yang bakal melangsungkan persembahan.


Ini bermakna you all harus tahu apa band yang you all nak tengok. Jadi you all kena dengar singles dan album mereka yang terbaru. Kalau you all tak minat band tu tapi dapat tiket free atau dijemput untuk menonton, pergilah buat research sikit tentang band tu :)

2. Gunakan YouTube, Myspace atau Facebook.

Kalau you all tak pernah ada lagu band tersebut dalam playlist mp3 atau koleksi iTunes you all, gunakan YouTube atau Myspace atau Facebook. Ron Mariano kata dia lebih prefer kalau you all tengok dekat YouTube sebab you all boleh tengok video band tersebut membuat persembahan secara live di mana-mana sebelum ini. You all pun boleh dapat idea macam mana nak "pump the crowd".

3. Hafal lirik.

OK. Pleasee-lah hafal lirik. Dengar lagu-lagu band tersebut dan hafalkan. Kalau you all memang jenis tak boleh menghafal dalam masa yang singkat, hafal lirik chorus pun jadilah. Jadi you all boleh lah join orang lain yang sing along. Tak lah malu sangat :p Lagipun kalau sing along kan lagi seronok :)

4. Tiket!


OMG. Ini kalau you all tak bawa pada hari konsert berlangsung, memang sakit lah jawabnya. Please lah jangan terlupa nak bawa tiket. Simpanlah dalam wallet siap-siap. Kalau takut wallet hilang, simpanlah kat tempat lain yang dirasakan selamat dan mudah dicapai. Lagi satu, lepas dah beli tiket tu, ambillah gambar sikit. Posing dengan tiket. Untuk kenang-kenangan. Takut lepas show nanti hilang pulak. Nanti terus takde bukti nak tunjuk kat anak cucu yang "Abah pernah tengok konsert Paramore masa muda-muda dulu". Ouch! Hahaha

5. Pakaian...

Pakai saja apa yang sesuai. Pakai t-shirt yang ada nama band pun boleh. Kalau tak ada, pakai lah apa yang selesa, yang diperbuat dari material yang serap peluh, lebih elok kalau berwarna gelap, sebab kalau pakai baju terang nanti terkantoi you all pakai bra warna biru belang-belang lepas dah berpeluh-peluh masa show. Malu! Pakai kasut OK. Bahaya nanti kalau orang terpijak cagu kat kuku ibu jari tu kan :p

6. Perancangan masa.


Ini sangat penting. You all mesti tak nak terlewat sampai ke vanue konsert. Nanti kena berdiri kat belakang-belakang! Rancang semuanya dengan rapi. Buat perancangan tentang kenderaan, jalan mana yang nak dilalui, masa yang diambil, dan lain-lain. Jangan lupa ambil masa untuk makan dulu sebelum show bermula. Nanti lapar masa show, pengsan pulak. Dah kena bawa pergi hospital.

7. Tentukan satu meeting point untuk berkumpul selepas konsert tamat.

Ini penting untuk adik-adik. Kalau dah hiruk pikuk masa band tengah melakukan persembahan, lepas tu kawan-kawan semua dah hilang ntah ke mana di bawa arus crowd. Jadi, sebelum show bermula, bincang dengan kawan-kawan di mana nak berkumpul semula selepas konsert. Taklah tercari-cari nanti.

*****

Dan ini sekadar tambahan dari OSR :

  • Pakailah deodoran secukupnya. Mesti malu kalau tengah "naik sheikh" masa band sedang perform, lepas tu ada audience kat sebelah tutup hidung siap buat muka menyampah. Bawa lah perfume dalam bag, jika perlu.
  • Kepada gadis-gadis, ikat rambut anda betul-betul. Jangan lepaskan ataupun buat ponytail tinggi-tinggi, nanti orang lain rimas pulak tengok rambut mengerbang-ngerbang.
  • Jaga harta-benda you all. Nanti dah habis show baru perasan you all dah tinggal sehelai sepinggang sebab wallet dah kena copet :p
Tapi yang penting sekali :

ENJOY!

Thursday, October 7, 2010

Tea Tree Oil : 7 perkara yang boleh ia lakukan

Hai readers.

Aih, musim tengah sibuk dengan thesis writing untuk final year project ni kot! OSR boleh pula berjimba-jimba kat Facebook.

OK mari straight to the point :P

OSR ada idea bagaimana nak gunakan produk yang wangi ni.

The Body Shop Tea Tree Oil, RM 29.90

1. Suka picit jerawat? Ouch! I like too! Lepas tu dah berdarah-darah baru risau "Alamak habislah berparut wajahku!". Cepat-cepat sapu kat luka kesan picitan jerawat tu. Lepas tu rasa sejuk sangat. Ulangi selalu dan tiada parut akan terjadi.

2. Tengah-tengah sapu foundation kat muka sekali ada rasa macam jerawat batu dah bersiap sedia nak tumbuh! OMG sakit ok! OSR tak suka sakit yang disebabkan jerawat batu, so bila OSR sapu tea tree oil ni, dia akan membesar dengan lebih cepat (lepas tu boleh picit cepat-cepat :p) ataupun dia akan hilang terus. Awesome.

3. Selsema atau hidung tersumbat. Letak 2-3 titik tea tree oil dalam air panas suam-suam. Basahkan tuala dengan air tu, lepas tu letak kat dahi. Bestnya tidur.

4. Aromatherapy. Letak sikit dalam pot aromatherapy tu, lepas tu nyalakan lilin. Sangat relaxing.

5. Cagu di jari! Ouch! OSR ada cagu mega di jari ibu kaki sebelah kanan dulu-dulu. Bila titiskan tea tree oil ni setitik dua untuk 2 atau 3 kali sehari, dengan izin Allah cagu tu kering dengan cepat. Kadang-kadang sehari pun dah cukup.

6. Hidung berminyak di siang hari? Sebelum tidur tepekkan tea tree oil kat hidung. Esok bila bangun, cuci muka.

7. Pori-pori muka terbuka luas. Tak payah guna toner pun. Sapu tea tree oil. Memanglah berminyak sikit, tapi bila dah cuci balik, dah nampak hasilnya.

*****

Bila difikirkan balik, sangat berbaloi walaupun botolnya kecil sangat dan harganya cukup untuk beli 2 set ayam KFC.

Lapar.

Monday, October 4, 2010

Cendawan Butang : Yang ada sijil Halal Jakim

Hai readers.

OSR sangat concern dengan makanan yang halal yang terdapat di Malaysia. Ini kerana kita harus percaya bahawa banyak golongan yang tidak suka pada kesucian agama Islam dan cuba mencemarkannya dengan menjual makanan-makanan yang diragui kesuciannya dari segi syara'.

Sebagai Muslim, you all juga harus menitikberatkan soal kesucian makanan you all. OK :) Begitu juga dengan status halal restoran-restoran. Harus diambil berat!

OSR sekadar membantu mana yang mampu. Hari ni OSR nak share sesuatu dengan you all.

Suka makan cendawan butang tak? Atau dalam English-nya 'button mushroom'. Sedap sangat. Lagi-lagi kalau letak dalam kuah spaghetti, ataupun mushroom cream atau apa-apa je lah. OSR dah telan air liur ni. Slurppp....!

Tapi tahukah you all bahawa tak semua cendawan butang dalam tin yang dijual di pasaran mempunyai sijil halal yang sah dari JAKIM?

Yang ada pun setakat ni satu jenama je.

*Sempat snap photo kat Giant.*

Cendawan butang jenama REX ini sahaja yang mendapat pengesahan sah JAKIM.

Tak percaya cuba singgah sini.

Jadi, kepada kawan-kawan Muslim di luar sana, sila beli yang jenama REX kalau nak beli cendawan butang.

Selamat mencuba!

:)

Seluar buruk

Hai readers.

Kelmarin OSR kemas-kemas almari baju. Nak check la kalau-kalau ada pulak tikus yang beranak pinak dalam almari tu.

OSR terjumpa sepasang seluar yang OSR beli lama dah. Tak ingat dah bila OSR beli. Harga pun tak ingat.

OSR try pakai seluar tu. Well, masih muat okay. See the leg la wey :p

Hasilnya, OMG! Sangat high-waisted. Sampai ke atas perut rupanya pinggang seluar ni. Zipnya, ya ampun bukan main panjang lagi.

OSR suka seluar ni! Muah!

*Cardigan baru : Beli kat Fadzni. Sangat comfy!*