BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, November 30, 2010

OSR : 6 Personal Updates

Hello readers. Apa khabar semua?

OSR tak tahu nak update apaaaaaaaaaa! Stress betul.

Jadi pada pos ini OSR sekadar mahu meng-update tentang beberapa perkara berkaitan dengan kehidupan OSR semenjak dua menjak dah bercuti.

1. OSR start praktikal 20 Disember 2010. Di Aroma Spices Enterprise Sdn. Bhd. dekat Masjid Tanah, Melaka. Company kecil je. You all boleh Google nama company tu untuk tengok produk apa yang mereka hasilkan.

2. OSR dah secara rasminya bertudung. Wah kalut okay nak cari selendang sana-sini. Pakai tudung mesti nak up to date. Tak boleh blah.

3. OSR dalam proses mengambil anak kucing comel sebagai haiwan peliharaan. Warnanya putih ekornya coklat matanya biru. Sangat comel tapi garang T_T

4. Laptop OSR dah rosak, hantar kedai untuk repair. Sekarang guna desktop.

5. OSR secara rasminya pokai. Tak tahu duit pergi mana. Tapi shopping online masih ON!

6. OSR is now going out with someone. Feewitt... Mak OSR kata nanti masa bertunang jangan suruh dia datang rumah. Family je datang. Ikut adat katanya. Baik!!

Have fun ya semua :)

xoxo

Thursday, November 25, 2010

OSR : Boyfriend

o_O

Tuesday, November 23, 2010

Filem Skyline : Pendapat OSR

Hello readers.

OSR bukan nak merendahkan sesiapa.

Cuma OSR nak bagi satu nasihat.

Please lah jangan tengok movie Skyline kat panggung wayang!



Sebab.....












Rugi dan membazir!

Tu je.

xoxo

Saturday, November 20, 2010

Pringles : Halal atau tak?

Hello readers.

Alhamdulillah akhirnya potato chips favorite rakyat Malaysia, Pringles mendapat pengiktirafan Halal oleh JAKIM. Lepas ni kita boleh beli Pringles dan makan tanpa was-was :) You all boleh taipkan nama produk makanan untuk Semakan Status Halal di website www.halal.gov.my atau terus klik di SINI.

Jadi OSR pergi pasaraya Giant di Tampin (dekat dengan rumah OSR) semalam. Wow, banyaknya flavour Pringles yang baru. Tapi OSR ni tekak kampung, makan yang original je :P

*Nyum!*

Tapi OSR hairan kenapa ada 2 jenis Pringles berperisa Original diletakkan di rak. Lihat dua botol (botol ke?) Pringles ni :

*Mari kita assume sebelah kiri tu Pringles A dan sebelah kanan tu Pringles B*

Pringles A ada logo halal di bawah botol tersebut. Siap ada extra 40% lagi. Lihat gambar bawah ni :




Tapi Pringles B tak ada logo halal. Tapi saiznya lebih panjang dan labelnya lagi cantik.

*Tak ada logo halal*


*Tengok sebelah lagi pun tak ada logo halal*

Mungkin yang tak ada logo halal tu ialah produk yang diimport dari luar negara, iaitu USA. Harganya juga lebih mahal (RM 7.29) berbanding yang mempunyai logo halal (RM 4.59). Jadi mungkin yang mempunyai logo halal tersebut dibuat di Malaysia, seterusnya dipantau oleh JAKIM dan mendapat pensijilan halal yang sah.

Tak ada logo halal pada produk makanan tak membawa maksud produk itu haram dimakan. Cuma jika produk tersebut tiada logo halal di packaging-nya, ia bermaksud penghasilan produk makanan itu tidak diaudit oleh JAKIM. Bahan-bahan mentah, peralatan, tempat pemprosesan dan cara pengendalian sepanjang pemprosesan makanan itu tidak dipantau oleh JAKIM. Jadi, bagi OSR, jika sesuatu produk makanan itu tiada logo halal yang diiktiraf oleh JAKIM, kesucian produk makanan itu dikhuatiri, dan kita akan jadi was-was bila memakannya. Jika kita was-was, maka hukum memakan makanan itu ialah haram.

Itu yang OSR belajar di kampus dulu. OSR sekadar menyebarkan perkara-perkara yang baik untuk pedoman you all semua.
Mari beli produk makanan yang diiktiraf oleh JAKIM :) Kesucian generasi Islam bermula dari makanan-makanan yang suci.

xoxo

Wednesday, November 17, 2010

Berjalan Untuk Kesihatan (World Walking Day 2010)

Hello readers.

Adakah you all tergolong dalam kumpulan manusia seperti ini :

1. Nak pergi supermarket beli groceries. OMG ramainya orang depan supermarket ni! Tak ada parking! Depan tu ada banyak parking kosong. Tapi malaslah nak jalan jauh! Parking je lah kejap kat tepi jalan ni. Beli barang sikit je pun.

2. "Hello? Ye yang. Haa? Pergi shopping? Kat mana? Mid Valley?! Nak shopping apa? Window shopping je ke?! Malaslah I! besar kot shopping complex tu nak jalan-jalan window shopping! Tak nak! Bye!"

3. OK tengah drive nak pergi kelas. Round-round fakulti tak jumpa parking. Kat luar tu banyak parking, tapi malaslah nak jalan jauh-jauh. Eeee takde parking jugak lah. Malaslah nak pergi kelas!

*****

OMG! Kenapa malas sangat nak berjalan ni! Orang dulu-dulu tak ada kemudahan pun macam eskulator, lif, kereta, train bla bla bla. Diorang berjalan je tau. Tu sebab mereka panjang umur.

OSR nak share dengan you all tentang kelebihan berjalan untuk kesihatan tubuh badan kita. Jom check it out!

1. Mengelakkan risiko diabetes tahap 2.
Berjalan 150 minit seminggu dan penurunan 7% berat badan (12 - 15 paun) boleh mengurangkan risiko diabetes sebenyak 58%! Wow banyak tu!

2. Menguatkan jantung.
Ada kajian mengatakan bahawa golongan pakcik-pakcik yang berjalan lebih dari 2 batu sehari akan hidup 2 kali lebih lama berbanding dengan pakcik-pakcik yang berjalan kurang dari satu batu sehari. Untuk makcik-makcik pula, kalau mereka berjalan lebih dari 3 jam seminggu akan mengurangkan risiko serangan jantung atau sebarang penyakit koronari sebanyak 35% berbanding yang tak berjalan.

3. Bermanfaat untuk otak.
Ada kajian yang membuktikan bahawa wanita yang berjalan lebih kerap kurang berisiko pada penyakit Alzheimer, iaitu nyanyuk. Hehehe...

4. Bagus untuk tulang.
Ada penyelidikan yang menunjukkan bahawa wanita yang sudah menopause yang berjalan lebih kurang satu batu sehari mempunyai ketumpatan tulang yang lebih tinggi berbanding wanita yang berjalan dengan jarak yang pendek.

5. Mengurangkan stress.
Berjalan 30 minit sebanyak 3 hingga 5 kali seminggu dalam jangkamasa 12 minggu akan mengurangkan simptom tekanan sebanyak 47%. Banyak juga tu!

6. Mengurangkan risiko kanser payudara.
Wanita yang berjalan sekurang-kurangnya 1 jam 15 minit hingga 2 jam setengah dalam masa seminggu akan mengurangkan risiko penyakit kanser payudara sebanyak 18%.

7. Meningkatkan stamina.
Ya, berjalan 30 minit sebanyak sekurang-kurangnya 3 kali seminggu akan meningkatkan stamina.

8. Mengurangkan berat badan.
Berjalan kan membakar kalori dan lemak. Of course lah berat badan akan berkurangan dan you all akan jadi kurus!

Dan banyak lagi kelebihan berjalan yang OSR tak sebutkan di sini.

So, readers! Kenapa kita tak berjalan? Mari berjalan! Apa kata kita sertai kempen World Walking Day yang akan berlangsung di 6 lokasi yang berbeza :

1. Kuala Lumpur (Padang Bola, Taman Tasik Titiwangsa)
2. Penang (Polo Ground, Jalan Sepoy Line)
3. Kuantan (Padang MPK1)
4. Johor Bahru (Taman Sri Stulang)
5. Penampang (Sports Complex Stadium)
6. Kuching (Waterfront)

Kempen World Walking Day ini berlangsung serentak pada 21 November 2010 jam 6.30 hingga 11.30 pagi.

So kepada yang tinggal berdekatan dengan lokasi-lokasi tersebut, janganlah datang sorang, datanglah dengan kawan-kawan atau keluarga. Penyertaan percuma. Siap dapat breakfast dan t-shirt lagi.
:)

Jom, berjalan!

*Jalan-jalan di Melaka*

xoxo

Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidiladha

Hi readers :)

Salam Aidiladha OSR ucapkan.

Tahun ni keluarga OSR menyambut Aidiladha di rumah kami di Tampin. Perkara paling seronok sekali kalau beraya di rumah ialah : boleh bangun lambat! Hehehe....

Mak OSR masak banyak sangat. Beliau memang sangat gemar memasak. OSR bangun-bangun pagi je (tak berapa nak pagi lah) tengok kat atas meja, TADAAA! Sedapnya rendang ayam, nasi himpit, sambal sotong, sayur mayur, asam pedas dan the list goes on....

So siapa kata bangun lambat tak ada rezeki?

Hehehe... Sesungguhnya ibu dan bapa adalah nikmat paling berharga buat OSR dan adik-adik.

*Bersama adik OSR menggedik di Hentian R&R Dengkil last week*

Enjoy your Aidiladha!

xoxo

Monday, November 15, 2010

Family OSR suka membaca!

Hello readers.

Ramai orang tak tahu selain obses kepada plastic ware, OSR juga seorang yang suka membaca. Bila membaca buku, buku itu seolah-olah membawa OSR ke sebuah dunia yang lain. So secara amnya kalau you all suka membaca, maknanya you all suka berimiginasi.

OSR dididik dengan habit membaca oleh ibu bapa OSR. Di ruang tamu OSR ada 2 almari buku yang sarat, dan dalam bilik stor ada lagi satu almari, pun sarat juga!

Berikut adalah situasi dalam kereta ketika dalam perjalanan ke Bangi untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu OSR.

*Itu dia mak OSR bukan main tekun membaca dalam kereta. Patutlah ayah mengantuk je masa drive sebab tak ada geng nak berbual*



*Adik OSR suka baca buku puisi. Author buku tu Jayzhuan. Buku tu baru sampai minggu lepas*



*OSR suka baca surat khabar. Hehehe hari Ahad kan. Banyak gosip hiburan.*


Sekarang OSR ulang baca buku Cecilia Ahern - A Place Called Here. OSR suka ulang-ulang baca buku favorite sampailah bosan tahap gila. Macam Twilight. OSR dah baca banyak kali sampai bosan. So sekarang, no more Twilight.


xoxo

Saturday, November 13, 2010

OSR is back!

Hello readers. OSR kembali selepas beberapa minggu ber-hiatus! :)

Akhirnya, dengan izin Tuhan, OSR telah berjaya menamatkan pengajian di kampus. Final exam dah selesai, thesis pun dah siap buat hard-cover, bla bla bla. So happy though. Masalah yang tinggal hanyalah tempat untuk latihan industri. Jangan risau. Semuanya bisa diatur.

*Spend banyak masa bersama dua gadis ini sejak dua bulan yang lalu. Sedihnya dah berpisah :(*

OSR sedang memikirkan apa topik yang sesuai untuk dikongsi bersama you all. Don't worry.

Kepada yang sedang struggle untuk final exam, all the best yea!

Kepada yang sekapal dengan OSR, mari berehat setelah lama sangat struggle sepanjang final semester ni.

:)