Assalamualaikum readers !
Harap semuanya sihat. Lama tak update blog, so malam ni OSR update dengan sesuatu yang poyo lagi memoyokan.
Lepas dapat elaun praktikal, OSR terus singgah Giant beli plastic drawers ni. Hehehe... Harga RM 47.90. Hanya Tuhan je tahu betapa bahayanya bila OSR membawa troli berisi benda ni. Berapa banyak troli orang yang OSR langgar. Nasib baik tak lenyek kaki budak kecil. Hehe...
Tapi secara jujurnya OSR katakan di sini, kehadiran almari atau drawer plastik ni sangat-sangat membantu OSR. Bukan membantu dari segi nak sorting barang ke apa, tapi membantu menyembunyi sebarang ke-sepah-an yang sering dilakukan.
OK mari kita lihat ada apa atas almari plastik ni.
Wah. Tissue roll. OSR tak boleh hidup tanpa tissue roll. Sebab ianya murah, jimat dan mudah digunakan. Ada jam tangan. Akhirnya ada juga tempat OSR nak letak jam tangan. Kalau tak memang asyik tak jumpa je bila nak pakai. Kunci kereta, kunci rumah, klip rambut kegemaran, pemotong kuku/cagu (LOL!) dan spek-spek mata.
Drawer pertama (yang atas sekali) adalah drawer yang paling berat. Tengoklah! Bila tarik je drawer ni keluar, satu almari bergegar. Bila tolak ke dalam, bergegar sekali lagi. Haih. Tak ada sebarang promosi jenama ke apa pada gambar ni. Ianya semulajadi berada dalam kedudukan seperti itu ketika gambar ini diambil.
Drawer kedua. Aksesori dan sedikit barang mekap. Bila nak keluarkan satu necklace, memang ambil masa 10 minit nak leraikan dia dari bersimpul dengan necklaces yang lain-lain. Disaster.
Drawer ketiga (yang tengah-tengah) merupakan mini stor. Apa saja yang bersepah di lantai, OSR akan sumbat dalam drawer ketiga ni. Kenapa yang ketiga? Entahlah. Hahaha
Drawer keempat. Letak segala tudung dan selendang. Senang sangat berbanding kalau kita gantung-gantung dengan hanger bulat-bulat tu. Nak selongkar pun senang. Kalau malas lipat lagi senang. Sumbatttt!
Drawer kelima, tempat letak handbag yang selalu digunakan. Tak payah gantung-gantung, nanti bilik nampak tak kemas. Tapi susah juga sebab kena keluarkan semua bila nak sesuaikan pakaian dengan handbag.
Kesimpulannya, drawer plastik ni memang cool!
0 comments:
Post a Comment