Assalamualaikum readers!
Whoa OSR dah lama gila tak update blog. Malas pulak kan. Sejak-sejak dah layan Tumblr ni. Sesiapa yang ada Tumblr boleh follow OSR yea!
Sayangi perut anda. Minumlah Vitagen! Itulah slogannya yang selalu kita dengar.
So hari tu masa OSR sakit penyakit misteri (penyakit itu dirahsiakan), OSR diberi nasihat oleh doktor untuk minum minuman kultur dan kurangkan makanan dan minuman bergula. Balik dari klinik tu terus OSR beli Vitagen! Woh semangat! OSR ingat nak beli Yakult tapi Yakult tak ada flavour. Jadi OSR pun beli Vitagen berperisa anggur. Yummy!
*Vitagen itu. Sungguh sedap!*
Lepas minum sebotol, OSR pun belek-belek labelnya. Memang itu ialah tabiat pelajar Food Technology dan Food Science. Tiada bantahan.
Ayakk! Terkejut beruk OSR membaca ramuannya. Sukrosa berada di tempat pertama! Sukrosa itu juga lebih dikenali dengan nama gula pasir. Hehehe... OK-OK maknanya gula merupakan ramuan utama produk Vitagen ini. Boleh dilihat di botol tersebut, sebotol Vitagen mempunyai 125 ml minuman kultur.
Mari baca fakta nutrisi (Nutritional Facts) pula. Itu dia, jumlah gula untuk setiap 125 ml (sebotol) ialah 13.4 gram. Alaaa 13.4 gram je kan. Apa ada hal. Kann?
OSR dengan penuh rasa ingin tahu terus mengambil weighing scale yang OSR selalu guna untuk buat muffin. OSR timbang 13.4 gram gula dalam satu scoop Tupperware yang comel. OK weighing scale tu tak tepat timbangannya. OSR hanya timbang 10 gram gula sahaja. Lagi 3.4 gram tu halal kan je lah.
*Nampak sikit je kan?*
Tapi bila OSR letak balik 10 gram gula dalam botol Vitagen yang kosong, lihatlah! Banyak gila!
OSR tak nak buat spekulasi atau cerita apa-apa. OSR hanya speechless, dan hanya you all saja yang dapat nilaikan semua ini.
Kesimpulannya, belilah Vitagen yang kurang gula (less sugar). Ada dijual di pasaran. Hehehe..
x.o.x.o
3 comments:
tooodiaa...sampai macam tu kaji..haha...
bgus2 budak food tech ni..:p
hehehe tetiba buang tebiat plak kan dok kaji pasal gula dlm vitagen :D thanks lin sbb baca. lebiu!
bagus anda telah melaksanakan kefardhuan fardhu kifayah.moga anda terus mengkaji makanan2 yg lain demi kebaikan umat islam dan manusia sejagat..
Post a Comment