BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, December 24, 2010

OSR : Perihal latihan industri

Assalamualaikum readers :)

Haih, genaplah 5 hari OSR bekerja sebagai trainee di Aroma Spices Enterprise Sdn. Bhd. Kerja tak banyak pun, cuma minggu pertama ni OSR habiskan dengan memerhatikan production process flow, menyesuaikan diri di environment kerja, dan mengenalpasti mana yang duri dan mana yang daun di kalangan staff. Baru senang nak bergosip. Hehehe...

Setelah 5 hari bekerja, OSR sudah ada jadual baru.

1. Tidur paling lewat pukul 1.00 pagi (tak suka sebab tak puas nak ber-Facebook!)
2. Bangun pagi paling lewat pukul 7.00 pagi.
3. Kena bertolak keluar rumah pukul 7.30 pagi. Kalau tak, punch card mesti jadi warna merah T_T

Haa boring tak? Stress sangat tau.

OSR tak nak cerita banyak-banyak nanti you all menyampah. Kerja kat IKS je, cerita gebang gebung macam bagus je kan.

Sempat camwhore di pejabat. Maklumlah kebosanan. Tapi maaflah, nama pun kerja kilang, comotlah sikit. Hehehe....



Ni la kerja yang OSR buat, iaitu buat-buat sibuk.



Bila lunch hour je mesti makan kat tepi pantai. Romantik gitu. Tapi bersendirian je la :p



Oh lupa nak cerita yang pejabat OSR terletak di kilang Aroma Spices cawangan Pengkalan Balak. Itulah sebabnya sekarang OSR dah jadi pengunjung setia pantai Pengkalan Balak. Yang seronoknya mestilah sebab makanan kat sana sedap-sedap. Tadi OSR beli burger ayam RM 2.50 tapi semuanya lengkap dengan mayonis dan blackpepper sauce yang melimpah ruah. Awesome! Ditambah pula dengan bekalan air kelapa yang tak putus-putus. OSR suka!

Di tempat kerja minggu ini OSR terpaksa buat sensory test sendiri untuk serunding daging. Terlampau banyak sampel sampai dah tak lalu nak makan dah.


Paling dasyat sekali bila terpaksa buat sensory test jem buah. OSR tak pernah makan jem buah. Jadi sampai hari ni semua sampel jem OSR hold dulu sampai OSR dapat kekuatan nak rasa jem buah ni.


Seminggu sudah pun berlalu. Ada lagi 15 minggu. Kejam sungguh.

Semoga semua bergembira di hujung minggu :)

xoxo

2 comments:

zulfa :) said...

gud luck for ur practical !!

sy suka bc blog yaya..

seriously~

Oh So Random... said...

hai zulfa
thanks a lot :)
sgt memberi semangat saya utk trus ber-belog walaupun kdg2 malas :p