Hello readers.
Adakah you all tergolong dalam kumpulan manusia seperti ini :
1. Nak pergi supermarket beli groceries. OMG ramainya orang depan supermarket ni! Tak ada parking! Depan tu ada banyak parking kosong. Tapi malaslah nak jalan jauh! Parking je lah kejap kat tepi jalan ni. Beli barang sikit je pun.
2. "Hello? Ye yang. Haa? Pergi shopping? Kat mana? Mid Valley?! Nak shopping apa? Window shopping je ke?! Malaslah I! besar kot shopping complex tu nak jalan-jalan window shopping! Tak nak! Bye!"
3. OK tengah drive nak pergi kelas. Round-round fakulti tak jumpa parking. Kat luar tu banyak parking, tapi malaslah nak jalan jauh-jauh. Eeee takde parking jugak lah. Malaslah nak pergi kelas!
*****
OMG! Kenapa malas sangat nak berjalan ni! Orang dulu-dulu tak ada kemudahan pun macam eskulator, lif, kereta, train bla bla bla. Diorang berjalan je tau. Tu sebab mereka panjang umur.
OSR nak share dengan you all tentang kelebihan berjalan untuk kesihatan tubuh badan kita. Jom check it out!
1. Mengelakkan risiko diabetes tahap 2.
Berjalan 150 minit seminggu dan penurunan 7% berat badan (12 - 15 paun) boleh mengurangkan risiko diabetes sebenyak 58%! Wow banyak tu!
2. Menguatkan jantung.
Ada kajian mengatakan bahawa golongan pakcik-pakcik yang berjalan lebih dari 2 batu sehari akan hidup 2 kali lebih lama berbanding dengan pakcik-pakcik yang berjalan kurang dari satu batu sehari. Untuk makcik-makcik pula, kalau mereka berjalan lebih dari 3 jam seminggu akan mengurangkan risiko serangan jantung atau sebarang penyakit koronari sebanyak 35% berbanding yang tak berjalan.
3. Bermanfaat untuk otak.
Ada kajian yang membuktikan bahawa wanita yang berjalan lebih kerap kurang berisiko pada penyakit Alzheimer, iaitu nyanyuk. Hehehe...
4. Bagus untuk tulang.
Ada penyelidikan yang menunjukkan bahawa wanita yang sudah menopause yang berjalan lebih kurang satu batu sehari mempunyai ketumpatan tulang yang lebih tinggi berbanding wanita yang berjalan dengan jarak yang pendek.
5. Mengurangkan stress.
Berjalan 30 minit sebanyak 3 hingga 5 kali seminggu dalam jangkamasa 12 minggu akan mengurangkan simptom tekanan sebanyak 47%. Banyak juga tu!
6. Mengurangkan risiko kanser payudara.
Wanita yang berjalan sekurang-kurangnya 1 jam 15 minit hingga 2 jam setengah dalam masa seminggu akan mengurangkan risiko penyakit kanser payudara sebanyak 18%.
7. Meningkatkan stamina.
Ya, berjalan 30 minit sebanyak sekurang-kurangnya 3 kali seminggu akan meningkatkan stamina.
8. Mengurangkan berat badan.
Berjalan kan membakar kalori dan lemak. Of course lah berat badan akan berkurangan dan you all akan jadi kurus!
Dan banyak lagi kelebihan berjalan yang OSR tak sebutkan di sini.
So, readers! Kenapa kita tak berjalan? Mari berjalan! Apa kata kita sertai kempen World Walking Day yang akan berlangsung di 6 lokasi yang berbeza :
1. Kuala Lumpur (Padang Bola, Taman Tasik Titiwangsa)
2. Penang (Polo Ground, Jalan Sepoy Line)
3. Kuantan (Padang MPK1)
4. Johor Bahru (Taman Sri Stulang)
5. Penampang (Sports Complex Stadium)
6. Kuching (Waterfront)
Kempen World Walking Day ini berlangsung serentak pada 21 November 2010 jam 6.30 hingga 11.30 pagi.
So kepada yang tinggal berdekatan dengan lokasi-lokasi tersebut, janganlah datang sorang, datanglah dengan kawan-kawan atau keluarga. Penyertaan percuma. Siap dapat breakfast dan t-shirt lagi.
:)
Jom, berjalan!
*Jalan-jalan di Melaka*
xoxo
0 comments:
Post a Comment