BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS �

Thursday, August 26, 2010

Comelnya Kawan-Kawan OSR!

Pada 26 Julai 2010 OSR dan kawan-kawan sekelas berbuka puasa di Puteri Resort, Ayer Keroh. 26 orang yang terlibat dalam event ni. Perancangan dilakukan dengan sangat rapi, thanks to Jo dan Ina :) Dengan bayaran RM 33 seorang, kami semua pulun segala apa makanan yang terhidang. Hasilnya, perut kami kenyang sampai ke pagi.

Servis di Puteri Resort sangat superb. Selain diiktiraf oleh JAKIM dan dapur yang mereka gunakan untuk menyediakan makanan disahkan mengikut standard untuk sijil HALAL, kawasan sekitar resort tu memang cantik. Tempat makan dia (which OSR have no idea what it is called) sangat selesa. Surau yang disediakan sangat luas dan dilengkapi air-conditioner. Buffet yang disediakan pun enak-enak, dan semuanya macam unlimited, you all boleh makan laksa kat situ sampai perut you all pecah. Pendek kata, elok sangatlah serba-serbi.

Sangat puas hati. OK tak baik riak.

Kawan-kawan OSR sangat supporting, bila OSR kata OSR nak snap photo mereka untuk di-upload dalam blog, mereka bersedia dengan hati yang terbuka. Thanks pada semua yang memberi kerjasama :)

*Bersiap sedia dengan jari telunjuk you all untuk scroll down*

*****

Yang lelaki semuanya simple but nice :

Gadis-gadis semuanya sopan-sopan belaka berpakaian tradisional Melayu :

Ada juga gadis-gadis yang berpakaian kasual. Lebih selesa :)


*****

Segalanya selesai pada pukul 10 malam, selepas upacara bertukar-tukar hadiah dan sesi camwhoring. Sangat bersyukur dapat berbuka puasa dengan rakan-rakan sekelas buat kali terakhir sebelum tamat pengajian.

Oh, OSR dah nak habis belajar. So lepas tu kena start bekerja ke? Oh! So Disaster.


Tuesday, August 17, 2010

Update Laju

Hello readers. OSR tak ada idea best la nak update apa. Tapi OSR perlu update juga sebab takkan nak biarkan blog ni bersawang pulak. Hehe... How all of you have been doing? OK ka?

Di bulan Ramadan ni, memang perkara biasa bagi OSR mengalami jadual tidur yang tunggang terbalik, seluar londeh sana sini dan paling teruk sekali, OSR rasa macam dah lama sangat tak minum plain water T_T

OSR nak share dengan you all beberapa photos yang OSR snap menggunakan handphone sepanjang seminggu ni.

*Cousin OSR dah kahwin minggu terakhir sebelum Ramadan. Cantik kan pelamin dia?*


*Ini pun cantik juga kan? Hehehe... Aa tepuk la sikit! (Style fasi Micet July '10)*


*Coklat mak beli kat Langkawi. Fuh! Sedap!*


*Wajah tak mandi pada Awal Ramadan*


*Inilah dia buah markisa. Buah ni perlu dijadikan jus untuk projek Plant Design group OSR*


*Tadaaa.... inilah concentrate-nya. Sumpah bau dia best, macam bau buah mangga*


*Choc chip cookies superb yang dijual oleh kawan OSR, Nani. Sedap gila. Habis dalam masa satu hari*


*OSR nak tidur petang di Ramadan ke-2*


*Miau di hostel. Manja sangat. Jantan, tapi bila mengiau macam betina. Kucing memang comel*


*Hujan setiap hari. Ni permandangan dari tingkap bilik OSR di hostel*


*OSR dan adik-adik di kampung*


*Take away McD. Makan dengan family di pintu gerbang Ayer Keroh yang ada menara di kiri kanan gerbang tu*


*Alang-alang dah tumpang toilet lelaki. Test guna bowl tu. Well, jangan tiru aksi ni*


*Awan kelabu di Seremban masa on the way nak balik Tampin dari Salak Tinggi. Gelap gila!*


*OSR tunggu dalam kereta masa mak dan ayah pergi bazar Ramadan. No thanks to asap-asap masakan kat bazar*


*Amacam? Pose ala-ala princess gitu. Hehehe*


*OSR order fragrance 212 Sexy for Women, dapat yang For Men. Jual balik!*


*Home sweet home OSR. Siap ada Jalur Gemilang lagi sempena Bulan Kemerdekaan*

Banyak tak photo OSR? Ehehe... Nanti bila OSR ada topik best nanti OSR update lagi okay! :)

Monday, July 26, 2010

Today is : My bestfriend's bithday


HAPPY BIRTHDAY MAFFY!!

Jangan risau, umur anda dirahsiakan.

;)

Skinny : Arghh

Hai readers.

Siapa yang pernah jumpa OSR di mana-mana pasti kagum dengan tubuh badan OSR yang kurus kering ni kan. Tapi jangan salah faham. Kurus tak semestinya bermakna OSR tak cukup makan! Malah OSR makan lebih banyak dari kawan-kawan OSR yang lain. Siapa jadi boyfriend OSR pasti pening kepala asyik nak kena cari tempat makan je. Hehehe...

*OSR -> Oh Sangat Ramping!*

Kepada yang mempunyai tubuh badan yang kurus macam OSR, OSR nak kongsi dengan you all sedikit tips berpakaian yang OSR dapat dari website ni.


1. Mari pakai baju banyak-banyak lapis!
Sebab pakaian berlapis memberi ilusi optik dengan menampakkan tubuh kita penuh dan lebih berbentuk. Pakailah kardigan, vest atau jaket di luar bila memakai t-shirt yang ketat di dalam. Kalau musim hujan macam sekarang memang best pakai baju berlapis-lapis!

2. Katakan TIDAK pada stripe menegak!
Masa sekolah menengah dulu belajar Ekonomi Rumah Tangga kan? Hehehe... Ingat tak, cikgu cakap, orang kurus kena pakai corak belang melintang, untuk menampakkan badan lebih besar.

*Nampak perbezaannya?*


3. Pakai kasut bertumit rendah.
Erk. Pakai kasut tumit tinggi akan menampakkan kaki kita yang sehalus bunting padi. Nampak macam tak balance gitu. So, jadikan sneakers, flat shoes or flip flops sebagai teman baik!

4. Buang semua seluar skinny ataupun seluar ketat!
Oh, kita memang tak ditakdirkan untuk memakai seluar macam tu. Tapi OSR pakai jugak kadang-kadang. Belasah aje! Jeans yang straight cut, ataupun tight tapi flare kat bawah adalah lebih sesuai. Bell bottom pun okay ;)

*Contoh straight cut jeans yang awesome*


5. Pakai baju tebal.
Wah.. Panas! Tapi baju tebal mampu menyorokkan kekurusan kita :)

*Amacam? Berani pakai?*

6. Jangan pakai clincher atau mid waist belts!
Sebab fungsi clincher itu sendiri ialah untuk menampakkan pinggang lebih ramping. So, apa lagi? Buang semua yang ada!

*You all ada? Buang sekarang ^_^*

7. Go babydoll style!
Baju babydoll. Alaa yang macam tunic tops tu. Comel-comel. Sebab babydoll tops memberi kesan berisi dan mengurangkan ketinggian kita. So tak nampak macam kurus sangat :)

8. Pakai scarves, baju yang berkolar tinggi dan sweaters.
Boleh sorokkan leher yang jinjang. Tak nampak macam zirafah. Hehehe..

*****
Dan sedikit tips dari OSR sendiri.

1. Benci warna hitam!
Sebab hitam mengecilkan apa yang besar. Pernah tengok orang yang tak skinny pakai leggings warna pink? Tak ada kan? Mereka prefer untuk memakai leggings hitam sebab untuk mendapatkan effect slim. Koleksi pakaian warna hitam OSR boleh dikira dengan hidung. Sebab sikit sangat ;)

*Hate. Hate.*

2. Lupakan hasrat untuk memakai high-waisted pants atau skirts.
Seluar jenis ini memang tiada jodoh dengan kita. High-waisted pants akan meletakkan perhatian pada curve di bahagian pinggang dan peha, so hanya orang-orang yang bertuah saja yang perfect dengan high-waisted pants. Even orang yang tak skinny pun belum tentu dapat pakai seluar jenis ni dengan cantik.

*OK. Fergie boleh pakai high-waisted pants. Purple pulak tu. Jeles T_T*


3. Pakai gladiators.
Kasut gladiators ada banyak straps, memberi effect agar kaki kita nampak lagi besar. Elakkan pakai flip flops tebal. Pakai yang nipis. Flip flops tebal akan menampakkan kaki kita lagi kurus.

4. Pakai warna terang.
Jadikan Katy Perry sebagai idola!

*Comel!*

*****
Dan siapa kata skinny girls tak hot? Victoria Beckham tu skinny apa. Dapat kahwin dengan David Beckham tu (meleleh air mata).

Kepada readers yang skinny, jangan hilang keyakinan bila di khalayak. Memang panas telinga bila dengar orang tanya "Kenapa kau kurus sangat?", tapi cuba you all jawab "Thanks sebab caring", ataupun "Aku memang dari dulu kurus macam ni. Kau yang dah banyak berubah". Oh sangat sentap okay.

Gambar-gambar adalah dari Google