Hai readers. Dah lama tak update. Sorry lah ya. OSR sangat busy. Maklumlah minggu pertama semester. Dan OSR masih belum dapat adapt lagi dengan suasana baru. Mari tengok apa material yang ada untuk OSR kongsi bersama readers :)
Hari Ahad lepas (17 Julai), mama OSR masak best. Sebab ada saudara sekeluarga datang dari Seremban. Sepupu-sepupu OSR kecil-kecil lagi. Lelaki. Sangat bising. OSR sakit jiwa nak tidur petang pun tak boleh.
*Tomyam sedap. Banyak sayur,which I like!*
*Ikan apa ni? Tak tahu. Sebab dah kena salut dengan kuah (kuah ke?) sweet sour. Tahu makan je.*
Malam tu OSR syampu rambut. Hasilnya, guna jari pun bolehh!
*Dah panjang*
Hari Isnin! Ya! Hari yang ditunggu-tunggu. Hari pertama masuk sekolah. Kelas pukul 8 pagi. Kejang satu badan kena mandi awal pagi. Maklumlah dah dekat 2 bulan mandi tengahari je. Hari pertama mata mesti bengkak dan sembap, sebab tak cukup tidur. Normal.
*Pagi Isnin. Hujan. Dan jammed T_T*
Lecture pertama untuk semester ini ialah lecture Food Plant Design 2. Sangat seram, sebab 4 jam kredit. Dan ini adalah subjek yang paling OSR tak suka sepanjang 6 tahun belajar di UniKL MICET. Oh ada lagi satu subjek yang OSR tak suka. Chemical Process Principles. Menci!
*Tengok tu. E-book yang En. Hisham tak nak bagi kami. Last-last berjaya juga di-download oleh sahabatku Adilin :)*
Hari Selasa (20 Julai) merupakan hari jadi adik OSR yang kerja kat tadika tu. For your information, dulu OSR kerja di tadika tu juga selepas habis diploma, lepas tu adik OSR pula yang sambung kerja situ. Tadika tu milik saudara kami, so macam kerja dengan family sendiri. Best, rasa macam bos tau. Hahaha
So pada hari itu OSR dengan gagahnya pergi mengambil tempahan cupcakes yang dah dibuat, dan terus dibawa ke Sepang (tadika tu di Sepang). Drive laju-laju.
*Sebelum drive laju-laju kat highway*
Inilah cupcakes nya. Comel kan. Tak boleh nak fancy-fancy sangat, sebab nanti banyak sangat butter cream, tak bagus untuk kanak-kanak tadika (Eh, birthday siapa ni?).
*Pilih jangan tak pilih*
*Kanak-kanak beratur nak dapatkan cupcake dari cikgu*
*Tu dia, cikgu garang. Adik OSR la tu. Ganas semacam*
*Sayang nak makan la tu*
Lepas tu OSR pergi jalan-jalan shopping kat Seremban. Dan makan-makan. Makan macam-macam. Macam-macam makan. Makan je lebih sebenarnya.
*Bad hair day. Sobss*
Pada hari Rabu, OSR sangat sibuk dengan lecture pagi dan petang, lepas tu pergi lab. Then cuaca sangat panas maka OSR jadi dehydrated. Jadi hari ni OSR beli kek untuk menyambut kepanasan OSR.
*Celebrating my hotness. OSR gila sponge cake!*
See, OSR masih belum dapat sesuaikan diri dengan suasana belajar lagi. Harap-harap minggu depan semuanya akan jadi lebih baik.
:)
0 comments:
Post a Comment