Bila rambut dah terlalu panjang dan merimaskan, lagi-lagi bila asyik terjaga di waktu tidur sebab rambut termasuk dalam hidung dan mata, maka OSR telah berjaya membuat satu keputusan yang nekad : Potong Rambut! Hampir setahun lebih OSR menyimpan rambut panjang. Last sekali potong rambut tahun lepas, macam ni :
*Sunway Lagoon, tahun 2009*
*dari tepi. ahhh i like!*
Kemudian rambut OSR memanjang bagaikan johan sehingga jadi macam gadis ayu. Ketika inilah kerimasan berada di tahap optimum.
*di bilik di hostel. bed sheet warna lain, pillowcase warna lain, comforter warna lain*
OSR perlu untuk memotong rambut! Bila dibuat research di Google, OSR jumpa satu hairstyle yang sangat sesuai dengan jiwa OSR sendiri. Ini ialah Taylor Momsen, pelakon cerita Gossip Girl. Cantik kan?
Dapat style rambut yang lain. Disebabkan rambut OSR sangat kejung, OSR terus pergi Guardian beli hair serum yang lebih power. Tekanan perasaan juga sebab terkejut dengan perubahan drastik rambut. Memang tak boleh terima hakikat dengan style rambut macam tu, jadi tiada gambar yang dirakamkan. Hehehe...
Selepas dua minggu, rambut dah panjang sikit. Dan inilah dia :
*photo pertama diambil selepas potong rambut. agak limp di situ*
*ni apa poyo punya photo da. side fringe diklip di atas.pipi tembam bam bam*
*photo yang di-candid ketika OSR sedang membebel*
*photo yang latest. sorry hidung kembang sikit*
Walaupun sekarang OSR dah tak ada hair dryer, AIR dryer pun bagus jugak. Rambut tak rosak. Hair serum tu nampaknya benar-benar berkesan. Dan OSR pun dah beli hair brush yang khas untuk rambut bob dan layer.
Ye OSR tau rambut OSR tak cantik dah T_T. Dah hilang self-confidence okay! Takpelah. Tunggu panjang sikit lagi. You all janganlah mengata style rambut OSR tau -_-"
0 comments:
Post a Comment