BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, January 6, 2012

OSR : Azam Baru!

Assalamualaikum readers..

Amboi, lama dah tak blogging. Rasa kekok-kekok pula. Hiks~

Apa khabar readers semua? Sebelum terlewat, izinkan OSR mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua readers dan juga sesiapa sajalah.

*Eh terletak gambar doomsday pulak!*

Azam tahun baru OSR tak ada yang gempak-gempak pun. Ada 5 je. Cewah!

1. Nak cuba bungee jump kat Sunway Lagoon.


2. Pergi holiday sendirian.


3. Mencari cinta sejati. Huhuhu!

*Gambar tak boleh tahan*

4. Balik kerja on time setiap hari. Maklumlah tak boleh buat OT berbayar. OT free ada la.

*Say NO to balik lambat!*

5. Paling penting, OSR nak sentiasa bergembira tahun ni.

*Yayyyyyyyyy!*

Nantikan update OSR nanti yea. Muah!

Sunday, February 13, 2011

Thanks


For those who remember my birthday :)
I am 24!
Thanks again!
xoxo
  1. Fa'id
  2. Mom
  3. Gegurl
  4. Salman
  5. Yen
  6. Ina
  7. Ebin (sister)
  8. Amir
  9. Muffy
  10. Mimi
  11. Nanie
  12. Iznie
  13. Hariz
  14. Wan
  15. Aina
  16. Nawi
  17. Kerm
  18. Azri
  19. Ain
  20. Izmie
  21. Makcu (aunt)
  22. Cika
  23. Alya
  24. Dayah
  25. Fatihah
  26. Aen
  27. Bob
  28. Haziq
  29. Faisal
  30. Afiq
  31. Jamal
  32. Adeq
  33. Nazrul
  34. Linda
  35. Khahar
  36. Hasan
  37. Kak Niza
  38. Cida
  39. Kak Huda
  40. Kurik
  41. Zef
  42. Faris
  43. Fiq
  44. Fairuz
  45. Atie
  46. Anis
  47. Adib
  48. Arina
  49. Jo
  50. Awin
  51. Mail
  52. Abg Wan
  53. Izzah
  54. Izza (sister)
  55. Bug
  56. Liyana
  57. Mira (cousin)
  58. Pija
  59. Fadhil
  60. Cuaya
  61. Didy
  62. Aini
  63. Azni
  64. Zila
  65. Atiq
  66. FQa
  67. Syila
  68. Yana (bestfriend)
  69. Azie (cousin)
  70. The rest of my classmates

Wednesday, February 9, 2011

Plastic Drawer OSR yang baru!

Assalamualaikum readers !

Harap semuanya sihat. Lama tak update blog, so malam ni OSR update dengan sesuatu yang poyo lagi memoyokan.

Lepas dapat elaun praktikal, OSR terus singgah Giant beli plastic drawers ni. Hehehe... Harga RM 47.90. Hanya Tuhan je tahu betapa bahayanya bila OSR membawa troli berisi benda ni. Berapa banyak troli orang yang OSR langgar. Nasib baik tak lenyek kaki budak kecil. Hehe...

Tapi secara jujurnya OSR katakan di sini, kehadiran almari atau drawer plastik ni sangat-sangat membantu OSR. Bukan membantu dari segi nak sorting barang ke apa, tapi membantu menyembunyi sebarang ke-sepah-an yang sering dilakukan.


OK mari kita lihat ada apa atas almari plastik ni.


Wah. Tissue roll. OSR tak boleh hidup tanpa tissue roll. Sebab ianya murah, jimat dan mudah digunakan. Ada jam tangan. Akhirnya ada juga tempat OSR nak letak jam tangan. Kalau tak memang asyik tak jumpa je bila nak pakai. Kunci kereta, kunci rumah, klip rambut kegemaran, pemotong kuku/cagu (LOL!) dan spek-spek mata.


Drawer pertama (yang atas sekali) adalah drawer yang paling berat. Tengoklah! Bila tarik je drawer ni keluar, satu almari bergegar. Bila tolak ke dalam, bergegar sekali lagi. Haih. Tak ada sebarang promosi jenama ke apa pada gambar ni. Ianya semulajadi berada dalam kedudukan seperti itu ketika gambar ini diambil.


Drawer kedua. Aksesori dan sedikit barang mekap. Bila nak keluarkan satu necklace, memang ambil masa 10 minit nak leraikan dia dari bersimpul dengan necklaces yang lain-lain. Disaster.


Drawer ketiga (yang tengah-tengah) merupakan mini stor. Apa saja yang bersepah di lantai, OSR akan sumbat dalam drawer ketiga ni. Kenapa yang ketiga? Entahlah. Hahaha


Drawer keempat. Letak segala tudung dan selendang. Senang sangat berbanding kalau kita gantung-gantung dengan hanger bulat-bulat tu. Nak selongkar pun senang. Kalau malas lipat lagi senang. Sumbatttt!


Drawer kelima, tempat letak handbag yang selalu digunakan. Tak payah gantung-gantung, nanti bilik nampak tak kemas. Tapi susah juga sebab kena keluarkan semua bila nak sesuaikan pakaian dengan handbag.


Kesimpulannya, drawer plastik ni memang cool!

Sunday, January 30, 2011

Komen FB yang paling gila

Kawan OSR komen macam ni dalam satu status update OSR :

SAYA DAN SEGENAP
RAKYAT

........................................................ .............
Presiden
............Wakil Presiden
Menteri Agama
Menteri Badan Usaha Milik Negara
Menteri Pertahanan
Menteri Dalam Negeri
Menteri Hukum dan Hak Asasi Manusia
Menteri Kebudayaan dan kesenian
Menteri Kehutanan
Menteri sumber manusia
Menteri Kelautan dan Perikanan
Menteri Kesihatan
Menteri Kewangan
Menteri Komunikasi
Menteri Koperasi
Menteri Luar Negeri
Menteri Tenaga kerja
Menteri Pembangunan Daerah Desa
Menteri kebudayaan dan kesenian
Menteri Belia Dan Sukan
Menteri Pendidikan
Menteri Perdagangan
Menteri Ekonomi
Kepala Badan Perencanaan Pembangunan Nasional
Menteri Perhubungan
Menteri Perindustrian
Menteri Pertahanan
Menteri Pertanian
Menteri Perumahan Rakyat
Menteri Teknologi
Menteri sastera Negara
Menteri Sosial
Menteri Tenaga

pengetua
guru besar
cikgu kanan
cikgu hem
cikgu seni
cikgu sejarah
cikgu math
cikgu pjk
pembantu kerani
cleaner

mat dispet
mat pet
mat lima suku
mat rempit
mat belia

pemilik facebook
pekerja facebook

chef
tukang basuh pinggan
pelayan

Dokter
nurse
pesakit
pelawat pesakit
kerani hospital

Manager Hotel
Manager Restoran
Manager Sea food
Manager Supermarket

pekerja hotel
pekerja angkat barang hotel
ppembawak lori

encik abu
encik hassan
encik anuar
cik siti
cik joyah
cik minah

abg manan
abg mior
abg sepul

tok mudim
tok ketua
pak imam
bilal
ketua daerah
penjawat awam
penjawat swasta
kaki lepak
budak skola
budak skola perempuan
pekerja mydin pkerja the store

budak emall
budak skim cepat kaya
budak siber
kaki anta virus
kaki cilok cips poker org

orang gila
Pengemis
dan Seluruh Kampung
............
............
............

MENYUKAI STATUS ANDA!!!!
´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶
´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶´´´´´´´´´´¶¶
´´´´´´¶¶¶¶¶´´´´´´´¶¶´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´´´´¶´´´´´¶´´´´¶¶´´´´´¶¶´´´´¶¶´´´´´¶¶
´´´´´¶´´´´´¶´´´¶¶´´´´´´¶¶´´´´¶¶´´´´´´´¶¶
´´´´´¶´´´´¶´´¶¶´´´´´´´´¶¶´´´´¶¶´´´´´´´´¶¶
´´´´´´¶´´´¶´´´¶´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´´¶´´´´´´´´´´´´¶´¶¶´´´´´´´´´´´´´¶¶´´´´´¶¶
´´¶¶´´´´´´´´´´´´¶´´¶¶´´´´´´´´´´´´¶¶´´´´´¶¶
´¶¶´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´´´¶¶´´´´´´´´¶¶´´´´´´´¶¶
´¶´´´´´´´´´´´´´´´¶´´´´´¶¶¶¶¶¶¶´´´´´´´´´¶¶
´¶¶´´´´´´´´´´´´´´¶´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´¶´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´¶¶´´´´´´´´´´´¶´´¶¶´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´´



Hahahaha GILA~!

Sekarang OSR secara rasminya :

Gembira!!!!

*Hamboih gambar taknak kalah!*

OSR Pengsan : Vitagen banyak gula!

Assalamualaikum readers!

Whoa OSR dah lama gila tak update blog. Malas pulak kan. Sejak-sejak dah layan Tumblr ni. Sesiapa yang ada Tumblr boleh follow OSR yea!

Sayangi perut anda. Minumlah Vitagen! Itulah slogannya yang selalu kita dengar.

So hari tu masa OSR sakit penyakit misteri (penyakit itu dirahsiakan), OSR diberi nasihat oleh doktor untuk minum minuman kultur dan kurangkan makanan dan minuman bergula. Balik dari klinik tu terus OSR beli Vitagen! Woh semangat! OSR ingat nak beli Yakult tapi Yakult tak ada flavour. Jadi OSR pun beli Vitagen berperisa anggur. Yummy!

*Vitagen itu. Sungguh sedap!*

Lepas minum sebotol, OSR pun belek-belek labelnya. Memang itu ialah tabiat pelajar Food Technology dan Food Science. Tiada bantahan.



Ayakk! Terkejut beruk OSR membaca ramuannya. Sukrosa berada di tempat pertama! Sukrosa itu juga lebih dikenali dengan nama gula pasir. Hehehe... OK-OK maknanya gula merupakan ramuan utama produk Vitagen ini. Boleh dilihat di botol tersebut, sebotol Vitagen mempunyai 125 ml minuman kultur.

Mari baca fakta nutrisi (Nutritional Facts) pula. Itu dia, jumlah gula untuk setiap 125 ml (sebotol) ialah 13.4 gram. Alaaa 13.4 gram je kan. Apa ada hal. Kann?


OSR dengan penuh rasa ingin tahu terus mengambil weighing scale yang OSR selalu guna untuk buat muffin. OSR timbang 13.4 gram gula dalam satu scoop Tupperware yang comel. OK weighing scale tu tak tepat timbangannya. OSR hanya timbang 10 gram gula sahaja. Lagi 3.4 gram tu halal kan je lah.

*Nampak sikit je kan?*

Tapi bila OSR letak balik 10 gram gula dalam botol Vitagen yang kosong, lihatlah! Banyak gila!



OSR tak nak buat spekulasi atau cerita apa-apa. OSR hanya speechless, dan hanya you all saja yang dapat nilaikan semua ini.

Kesimpulannya, belilah Vitagen yang kurang gula (less sugar). Ada dijual di pasaran. Hehehe..


x.o.x.o


Thursday, January 6, 2011

OSR : Hupdate!

Assalamualaikum readers...!

Dah lama tak update. Kemalasan tahap melampau di situ. Sumpah OSR sangat banyak kerja. Kepenatan badan tu kuranglah, tapi kepenatan otak tu yang terlebih. Hehehe...


OSR dah lama tak rasa gembira macam dalam foto di atas. Tapi hari ni OSR gembira sangat sebab habiskan banyak duit belikan produk penjagaan kulit. Tak apa, biar duit banyak keluar, tapi nanti kulit cantik....! Itulah pelaburan paling baik.

Have fun ya readers!