BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, December 5, 2010

Bercuti dan terus bercuti

Hello readers.

OSR pun tak ingat dah berapa lama OSR bercuti. Walaupun OSR tak makan angin kat mana-mana pun, tapi masa cuti OSR dihabiskan dengan perkara-perkara yang seronok, diselang-selikan dengan rutin harian yang paling wajib : HOUSE CHORES. Huhuhu... penting tu ye, sebab itulah exercise OSR, selain berjalan beratus-ratus kilometer tawaf shopping mall.

Laptop pun dah tak ada. Bosan sungguh. Maka OSR telah melakukan usaha untuk melenyapkan kebosanan akibat ketiadaan Facebook dan blogshops dengan membina satu workstation yang baru. Tadaaaa!!

*Speaker itu tak berguna pun sebab bunyi yang dihasilkan sungguh disaster*


Di samping itu juga OSR banyak menghabiskan stok barang-barangan membuat kek di dapur dengan mem-bake muffins dan kek yang diberi nama 'Tiada nama'.

*Kek 'Tiada Nama'. Yang hitam-hitam tu chocolate chips. Dia berat, so masa baking dia jatuh ke bawah. Tapi kek ni serius sedap dan padat. I like!*


*Muffin coklat yang kaya dengan coklat chip. Atas, bawah, luar, dalam, penuh dengan coklat chip. Dah tinggal 6 biji je!*


Semalam pergi Muar, menghadiri majlis perkahwinan saudara OSR. Tengok goodie bag dan kad jemputan diorang yang ditempah khas. Comel gila!



Kalau dah ke Muau (Muar dalam loghat Melaka), tak sah kalau tak singgah makan mi bandung Muau. Ada satu warung ni, memang terkenal, memang ramai pengunjung. Mi bandung Muau dia memang betul-betul ho liau! Hohoho..!! (Ala-ala iklan TV).

*Rasa udang dia memang perfect. Kuah pekat. Daging banyak! Yumm!!*


*Siap order kupang goreng bercili. Ratah macam tu je. Memang pedas gila-gila!*


*Siap ada eye candy lagi. Tengok 2 ekor kucing adik-beradik ni tidur berpelukan di atas kerusi sebelah kerusi yang OSR duduk. Mata diorang warna jernih ok!*


Hari ni OSR kebosanan asyik makan nasi je jadi OSR terus start enjin kereta pergi ke Giant dan membeli stok untuk malam ini. Diulangi, malam ini. Untuk malam esok nanti OSR beli lagi yang lain. Yey! Ni semua dalam usaha OSR untuk menambahkan berat badan OSR sebanyak 3 kg. Mampukah? Tak mampu! (Jawab awal-awal).



Semoga you all bergembira semasa bercuti ni. Nanti dah start new semester, rambut kembali kusut masai gara-gara kesibukan. Hahaha...


xoxo

1 comments:

remorer said...

suka baca blog anda :)