BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, November 20, 2010

Pringles : Halal atau tak?

Hello readers.

Alhamdulillah akhirnya potato chips favorite rakyat Malaysia, Pringles mendapat pengiktirafan Halal oleh JAKIM. Lepas ni kita boleh beli Pringles dan makan tanpa was-was :) You all boleh taipkan nama produk makanan untuk Semakan Status Halal di website www.halal.gov.my atau terus klik di SINI.

Jadi OSR pergi pasaraya Giant di Tampin (dekat dengan rumah OSR) semalam. Wow, banyaknya flavour Pringles yang baru. Tapi OSR ni tekak kampung, makan yang original je :P

*Nyum!*

Tapi OSR hairan kenapa ada 2 jenis Pringles berperisa Original diletakkan di rak. Lihat dua botol (botol ke?) Pringles ni :

*Mari kita assume sebelah kiri tu Pringles A dan sebelah kanan tu Pringles B*

Pringles A ada logo halal di bawah botol tersebut. Siap ada extra 40% lagi. Lihat gambar bawah ni :




Tapi Pringles B tak ada logo halal. Tapi saiznya lebih panjang dan labelnya lagi cantik.

*Tak ada logo halal*


*Tengok sebelah lagi pun tak ada logo halal*

Mungkin yang tak ada logo halal tu ialah produk yang diimport dari luar negara, iaitu USA. Harganya juga lebih mahal (RM 7.29) berbanding yang mempunyai logo halal (RM 4.59). Jadi mungkin yang mempunyai logo halal tersebut dibuat di Malaysia, seterusnya dipantau oleh JAKIM dan mendapat pensijilan halal yang sah.

Tak ada logo halal pada produk makanan tak membawa maksud produk itu haram dimakan. Cuma jika produk tersebut tiada logo halal di packaging-nya, ia bermaksud penghasilan produk makanan itu tidak diaudit oleh JAKIM. Bahan-bahan mentah, peralatan, tempat pemprosesan dan cara pengendalian sepanjang pemprosesan makanan itu tidak dipantau oleh JAKIM. Jadi, bagi OSR, jika sesuatu produk makanan itu tiada logo halal yang diiktiraf oleh JAKIM, kesucian produk makanan itu dikhuatiri, dan kita akan jadi was-was bila memakannya. Jika kita was-was, maka hukum memakan makanan itu ialah haram.

Itu yang OSR belajar di kampus dulu. OSR sekadar menyebarkan perkara-perkara yang baik untuk pedoman you all semua.
Mari beli produk makanan yang diiktiraf oleh JAKIM :) Kesucian generasi Islam bermula dari makanan-makanan yang suci.

xoxo

0 comments: