BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, October 10, 2010

Konsert : Mari bersiap-sedia

Hai readers. Harap semuanya sihat-sihat belaka.

Wah. Lagi beberapa hari je lagi konsert Paramore akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. Tarikhnya 19 Oktober (Selasa), pada pukul 8 malam.


Pasti ramai yang sedang teruja menanti ketibaan Paramore ke Malaysia. OSR ada research-research pasal show Paramore ni, nampaknya ramai di kalangan peminat Paramore datangnya dari golongan belasan tahun. Baguslah. Hayley Williams kan comel. Mesti la remaja-remaja suka. Alaa... yang sebaya OSR pun ramai yang minat Paramore kan? Yang lebih tua pun ada? Lagi bagus :)

Kepada yang dah beli tiket, adakah anda sudah bersiap sedia sepenuhnya? Kepada readers yang baru first time nak pergi live rock concert, OSR ada beberapa tips tentang apa yang perlu dilakukan sebelum tarikh konsert berlangsung.

*Tips by Ron Mariano*

1. Kenali band yang bakal melangsungkan persembahan.


Ini bermakna you all harus tahu apa band yang you all nak tengok. Jadi you all kena dengar singles dan album mereka yang terbaru. Kalau you all tak minat band tu tapi dapat tiket free atau dijemput untuk menonton, pergilah buat research sikit tentang band tu :)

2. Gunakan YouTube, Myspace atau Facebook.

Kalau you all tak pernah ada lagu band tersebut dalam playlist mp3 atau koleksi iTunes you all, gunakan YouTube atau Myspace atau Facebook. Ron Mariano kata dia lebih prefer kalau you all tengok dekat YouTube sebab you all boleh tengok video band tersebut membuat persembahan secara live di mana-mana sebelum ini. You all pun boleh dapat idea macam mana nak "pump the crowd".

3. Hafal lirik.

OK. Pleasee-lah hafal lirik. Dengar lagu-lagu band tersebut dan hafalkan. Kalau you all memang jenis tak boleh menghafal dalam masa yang singkat, hafal lirik chorus pun jadilah. Jadi you all boleh lah join orang lain yang sing along. Tak lah malu sangat :p Lagipun kalau sing along kan lagi seronok :)

4. Tiket!


OMG. Ini kalau you all tak bawa pada hari konsert berlangsung, memang sakit lah jawabnya. Please lah jangan terlupa nak bawa tiket. Simpanlah dalam wallet siap-siap. Kalau takut wallet hilang, simpanlah kat tempat lain yang dirasakan selamat dan mudah dicapai. Lagi satu, lepas dah beli tiket tu, ambillah gambar sikit. Posing dengan tiket. Untuk kenang-kenangan. Takut lepas show nanti hilang pulak. Nanti terus takde bukti nak tunjuk kat anak cucu yang "Abah pernah tengok konsert Paramore masa muda-muda dulu". Ouch! Hahaha

5. Pakaian...

Pakai saja apa yang sesuai. Pakai t-shirt yang ada nama band pun boleh. Kalau tak ada, pakai lah apa yang selesa, yang diperbuat dari material yang serap peluh, lebih elok kalau berwarna gelap, sebab kalau pakai baju terang nanti terkantoi you all pakai bra warna biru belang-belang lepas dah berpeluh-peluh masa show. Malu! Pakai kasut OK. Bahaya nanti kalau orang terpijak cagu kat kuku ibu jari tu kan :p

6. Perancangan masa.


Ini sangat penting. You all mesti tak nak terlewat sampai ke vanue konsert. Nanti kena berdiri kat belakang-belakang! Rancang semuanya dengan rapi. Buat perancangan tentang kenderaan, jalan mana yang nak dilalui, masa yang diambil, dan lain-lain. Jangan lupa ambil masa untuk makan dulu sebelum show bermula. Nanti lapar masa show, pengsan pulak. Dah kena bawa pergi hospital.

7. Tentukan satu meeting point untuk berkumpul selepas konsert tamat.

Ini penting untuk adik-adik. Kalau dah hiruk pikuk masa band tengah melakukan persembahan, lepas tu kawan-kawan semua dah hilang ntah ke mana di bawa arus crowd. Jadi, sebelum show bermula, bincang dengan kawan-kawan di mana nak berkumpul semula selepas konsert. Taklah tercari-cari nanti.

*****

Dan ini sekadar tambahan dari OSR :

  • Pakailah deodoran secukupnya. Mesti malu kalau tengah "naik sheikh" masa band sedang perform, lepas tu ada audience kat sebelah tutup hidung siap buat muka menyampah. Bawa lah perfume dalam bag, jika perlu.
  • Kepada gadis-gadis, ikat rambut anda betul-betul. Jangan lepaskan ataupun buat ponytail tinggi-tinggi, nanti orang lain rimas pulak tengok rambut mengerbang-ngerbang.
  • Jaga harta-benda you all. Nanti dah habis show baru perasan you all dah tinggal sehelai sepinggang sebab wallet dah kena copet :p
Tapi yang penting sekali :

ENJOY!

4 comments:

bug said...

ko g ke konsert paramore ni ?

Oh So Random... said...

xpegi. sbb tak minat sgt :p

bug said...

ceh ingatkan g
siap buat entry lg
hehe

aku ingat nak g konset ni
dekat je pun dgn umah

tp tiket mahai la
so x jadi g

Oh So Random... said...

abes ko tgk poster je la?
ehehehe tiket die mahal gile. tu yg tak sanggup tu