BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, October 13, 2010

Jajan : 5 yang menjadi pilihan OSR

Hello readers.

Harap semuanya dalam keadaan yang sihat dan ceria.

OSR memahami, maklumlah sekarang ni dah nak masuk musim final exam. Jadi semua assignment dan project harus disiapkan dengan kadar yang segera. OSR pun sama okay! T_T

Bila OSR stress, mulalah mengidam nak makan coklat lah, yong tau fu lah, Nando's lah, jajan lah.

Haa! Jajan!

OSR seorang penggemar jajan. Jajan tu apa? Jajan tu dalam bahasa korporatnya ialah makanan ringan. Dulu masa OSR kecil-kecil, mak dan ayah macam tak selalu bagi OSR makan jajan je. Lepas tu OSR selalu dapat duit belanja sekolah ngam-ngam je untuk mi goreng sepinggan dan air sirap segelas. Mana ada duit nak beli jajan!

Tapi sekarang OSR dah ditanggung oleh MARA. Malah mendapat sumbangan ikhlas oleh FAMA (father & mother). Selain shopping kat Guardian, OSR juga selalu habiskan duit beli jajan. Apa jajan kegemaran OSR?

credit to daganghalal.com
Twisties mesti mau! Flavour kegemaran OSR mestilah yang pedas iaitu BBQ. OSR suka sangat buka plastik snek ni lepas tu letak bawah kipas biar dia masuk angin. Lepas tu baru makan. Syok woo makan Twisties lemau. Mesti mau!




Bika perisa ayam! Nyam nyam! Rupa dia macam papadom sikit. Tapi rasa dia sangat sedap. Satu bungkus besar tidak mungkin cukup untuk OSR. OSR selalu beli 2 paket :p




credit to KePOMPOM
Bin Bin keropok jagung. OSR baru saja beli satu plastik besar keropok Bin Bin. Ada 60 paket dalam tu, RM 5 je. Baru 3 hari dah habis separuh. Bin Bin ni dalam satu paket ada dua batang keropok berbentuk hollow cylinder yang berperisa jagung. Seriously keropok ni sedap dan enak dimakan begitu sahaja.




Credit to berrymelon

Rocky. Kotak dia macam kotak rokok. Dia merupakan biskut yang berbentuk stick yang disalut dengan coklat ataupun strawberry. OSR suka makan Rocky tapi dalam kotak tu sikit sangat. Bila beli satu kotak, lepas tu dah kena pau dengan adik-adik OSR, memang dapat makan 5 batang je :(




Dan yang terakhir sekali, Super Ring! Mak OSR paling tak suka OSR makan snek ni, sebab dia kata terlalu banyak food colouring. Memang pun. Tapi ianya sangat best. OSR berani kerat kuku, siapa tak suka makan Super Ring? Awww come on!

*****

Walaupun memang benar jajan ni tak bagus untuk kesihatan, sebab dia ada banyak food additive. OSR tahu tu. Tapi, sekali sekala apa salahnya :p

So, apakah jajan kegemaran you all?

1 comments:

m|u|m|u said...

awak.. kat mana awak dapat keropok bin bin ni...nk jugakkkkk