BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, October 4, 2010

Cendawan Butang : Yang ada sijil Halal Jakim

Hai readers.

OSR sangat concern dengan makanan yang halal yang terdapat di Malaysia. Ini kerana kita harus percaya bahawa banyak golongan yang tidak suka pada kesucian agama Islam dan cuba mencemarkannya dengan menjual makanan-makanan yang diragui kesuciannya dari segi syara'.

Sebagai Muslim, you all juga harus menitikberatkan soal kesucian makanan you all. OK :) Begitu juga dengan status halal restoran-restoran. Harus diambil berat!

OSR sekadar membantu mana yang mampu. Hari ni OSR nak share sesuatu dengan you all.

Suka makan cendawan butang tak? Atau dalam English-nya 'button mushroom'. Sedap sangat. Lagi-lagi kalau letak dalam kuah spaghetti, ataupun mushroom cream atau apa-apa je lah. OSR dah telan air liur ni. Slurppp....!

Tapi tahukah you all bahawa tak semua cendawan butang dalam tin yang dijual di pasaran mempunyai sijil halal yang sah dari JAKIM?

Yang ada pun setakat ni satu jenama je.

*Sempat snap photo kat Giant.*

Cendawan butang jenama REX ini sahaja yang mendapat pengesahan sah JAKIM.

Tak percaya cuba singgah sini.

Jadi, kepada kawan-kawan Muslim di luar sana, sila beli yang jenama REX kalau nak beli cendawan butang.

Selamat mencuba!

:)

0 comments: