BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, September 12, 2010

OSR : Satu Syawal

Hai readers.

Pada satu Syawal OSR hanya memakai baju raya yang 3 tahun lepas T_T

Ni semua gara-gara nak ikut tema lah, semua ahli keluarga OSR memakai baju raya bertemakan warna ungu maroon-maroon sikit. So terpaksalah OSR berkorban dengan memakai baju lama. Tak apa. Yang penting hari kemenangan penganut agama Islam ini diraikan dengan rasa gembira dan kesyukuran.

*Gambar kenangan bersama keluarga dan atuk tersayang*

Beraya di kampung halaman haruslah menunjukkan sifat-sifat kesopanan.

Tapi apalah daya, walaupun OSR dah cukup cantik dan jelita di pagi raya, OSR sangat malu untuk menyatakan bahawa kacang itu sangat sedap dan OSR terpaksa tuang satu balang kacang itu ke dalam handbag untuk dijadikan snek dalam kereta nanti.

*Klik pada gambar untuk melihat dengan lebih dramatik lagi*

Maafkan daku Nenek Leha.

XoXo

0 comments: