BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, September 15, 2010

Malaysia Day vs Merdeka Day

Hello readers.

*Thanks Google Images!*

Tahun ini ialah tahun pertama kita menyambut Hari Malaysia sejak diperkenalkan.

Hari ini pada tahun 1963, persekutuan Malaysia ditubuhkan dengan penyertaan Malaya, Sabah dan Sarawak untuk membentuk Malaysia.

Menurut Berita Harian (19 Oktober 2009), berikut adalah penjelasan Perdana Menteri Malaysia tentang perbezaan antara Hari Kemerdekaan yang disambut pada 31 Ogos dengan Hari Malaysia yang kita sambut hari ini.

Hari Kemerdekaan (31 Ogos 1957)
Hari untuk mengingatkan kita akan perjuangan mencapai kemerdekaan dari penjajahan. Hari Kemerdekaan akan dirayakan dengan pelbagai acara rasmi seperti perarakan dan sebagainya untuk mengingati detik bersejarah itu.

Hari Malaysia (16 September 1963)
Hari yang dirayakan dengan acara-acara bersifat mengeratkan perpaduan, persefahaman antara kaum, kejayaan dan pencapaian masyarakat menerusi bidang sukan, sosio-budaya, kesenian dan lain-lain yang akan menyemarakkan semangat 1Malaysia.

*****

Selamat Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia.

OSR sangat berbangga kerana menjadi rakyat Malaysia, negara yang indah dan kaya dengan keindahan alam semulajadi.

*Gambar dipinjam dari royalshacz*


0 comments: