BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, September 30, 2010

Buah Hati Mak OSR

Hai readers.

Ni OSR nak cerita sikit pasal mak OSR. Alahai, ni je la mak OSR yang sorang. Tak ada dua, tak ada tiga.

*Happy Birthday Saya*


*Like mother, like daughter*


Mak OSR merupakan seorang cikgu besar di sebuah sekolah kecil di Kota, Rembau. Dulu-dulu mak pernah jadi English teacher OSR masa zaman-zaman sekolah rendah dulu. Garang woh! OSR pernah kena denda berdiri luar kelas sebab tak siapkan homework. Padahal kawan-kawan yang lain tak kena pun, walaupun kerja mereka tak siap juga. Ini tidak adil!

Tapi seronok juga masa tu, sebab mak bekerja di sekolah di mana OSR belajar. Bila duit belanja tak cukup je, OSR ketuk je pintu bilik beliau, lepas tu buat aksi gedik sambil berkata :

"Mak, nak duit."

Dengan sepantas kilat mak mesti menghulurkan duit sebanyak RM1. Lepas tu OSR pun pergi kantin beli keropok lekor 10 batang.

Tak pun kadang-kadang tekak OSR terasa macam nak makan makanan di kantin guru, seperti biasa OSR mesti akan melakukan aksi gedik terlampau, tapi kali ni di hadapan kawan-kawan beliau. Jadinya takkan mak nak marah kan :P

"Mak, nak makan mihun sup."

Yeah. Semangkuk mihun sup untuk OSR di meja kantin guru. Heaven gila dapat makan style VIP.

Oh tapi itu dulu. Bila dah masuk sekolah menengah, mak pun dah transfer ke sekolah rendah yang lain, maka OSR pun kembali menjadi seorang pelajar yang tak ada apa-apa privilege. Makan makanan murid-murid. Minum air segelas 20 sen, dengan mi goreng ada sayur je. Sobs.

Bila dah besar-besar macam sekarang, OSR dah lagi tinggi dari beliau, dan kadang-kadang OSR suka menyakat beliau. Kasihan mak kena buli, kena bahan... Tapi Along gurau-gurau je. Hehehe...

*Tu dia dengan spek robocop dia*


Ada satu hari OSR ikut mak pergi sekolah, masa tu hari Isnin. Sampai-sampai sekolah je dia pesan, "Kalau nak duduk dalam bilik, bukak la kipas. Panas."

Maka OSR pun masuklah bilik tersebut dan dengan confident-nya terus menekan suis untuk menggerakkan kipas. Tapi tiba-tiba OSR rasa macam tersalah tekan.

Kringggggggg!!!!!!!!!!!!(Tertekan suis loceng)

Jadinya pagi tu satu sekolah start perhimpunan 20 minit lebih awal dari biasa. OSR hanya tersengih-sengih je bila dah kena jeling. Hehehe...

Sekarang mak dah ada geng baru. Namanya ialah, aaaa..... tak tahulah namanya apa. Tapi inilah dia.


Sebelum pergi kerja mak jenguk. Balik kerja dia jenguk lagi. Bangun tidur terus pergi tengok buah hati dia yang banyak tu. Sebelum tidur pun sama. Lepas tu kat rumah tu semua orang tak boleh bagi ikan-ikan tu makan. Dia je yang boleh.

OSR sebagai anak beliau yang manja dan gedik ini sangat cemburu ok!

Takpelah mak. Asalkan mak bahagia.

<3

2 comments:

FadzniMuhammad said...

hey2..
haha i'm glad tht my mum is not my english teacher while im in primary!hahaha but somehow rugi gak..coz i think my mama is a great english teacher!!hahaha=p so we have things in common.. anak2 chekgu!gagagaga i did those attitude gak..mase nk makn sedap2 kat kantin guru!gagagaga

Oh So Random... said...

hehehe she was very garang ok. selalu jadi mangsa cubit sbb malas bwk dictionary pegi skolah.
yeah we should b proud to be anak chekgu!