BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, July 12, 2010

Twilight Saga Movies : Ehem ehem!

Semua orang suka Twilight Saga. OSR pun ada koleksi novel Twilight Saga. Mula-mula beli Twilighy. Lepas baca Twilight, rasa ghairah sangat nak tau apa kesinambungan cerita dia, so OSR pun merengek-rengeklah pada mak minta belikan novel New Moon pula. Mak pasrah je belikan novel New Moon berserta pesanan, "After this, no more." Kesedihan melanda. Tiba-tiba boyfriend OSR masa tu buat surprise pula, belikan OSR novel Eclipse. Yeay! Breaking Dawn pula OSR beli sendiri, tapi pembalut plastiknya belum dibuka sejak awal tahun ni. Maknanya belum pernah dibaca lagi. Hehehe... So far, OSR baru baca sampai New Moon je. Malas la ;)

Movie Twilight ditayangkan di Malaysia pada penghujung bulan November 2008, di mana pada waktu itu OSR belum kenal lagi siapa Edward dan Bella, pasangan vampire dan manusia ni. Selepas membaca Twilight, barulah OSR menonton movie Twilight, dan jalan ceritanya taklah sehebat yang OSR bayangkan ketika membaca novelnya. Boleh dimaafkan. Kerana movie dari novel Angels and Demons (karya penulis Dan Brown) juga begitu.

Setahun lepas itu, bila menonton New Moon, sequel kedua Twilight Saga, OSR rasa bosan. Jalan ceritanya lambat. Pelakonnya kaku. Dan selepas menonton movie tersebut, jiwa OSR rasa tidak puas. Mungkin expectation yang OSR tidak mencapai apa yang yang diharapkan, kerana novel New Moon karya Stephanie Meyer itu sangat indah dan penuh dengan fantasi, tapi bila ditonton, rasa macam ada yang tak cukup.


Semua tu yang mendorong OSR untuk malas membaca sambungan kepada New Moon, iaitu Eclipse. Dan lebih terkejut lagi, movie Eclipse ditayangkan lebih kurang 7 bulan selepas movie New Moon. Cepatnya! Breaking Dawn dijangka akan ditayangkan pada tahun 2011 dan 2012, kerana Breaking Dawn akan dipecahkan kepada 2 movie. Sebab cerita dia panjang kot. Dan novel Breaking Dawn adalah yang paling tebal dalam siri Twilight Saga.

Kenapa tak buat macam Pirates of the Caribbean? Dengan movie yang pertama, The Curse of the Black Pearl yang ditayangkan pada 2003, hanya 3 tahun selepas itu baru movie kedua, Dead Man's Chest ditayangkan. Dan hasilnya, SUPERB! Box office. Berkualiti. Even The World's End ditayangkan setahun selepas Dead Man's Chest, tapi sequal ketiga Pirates of the Caribbean itu masih berkualiti. Masih hebat. Dan semua orang menantikan sequel keempat Pirates of The Caribbean, On Stranger Tides pada tahun 2011. Selepas menonton Eclipse, berapa orang di antara anda yang tak sabar-sabar menunggu Breaking Dawn pula?


Taknak bergosip. Tapi mungkinkah Stephanie Meyer terlalu ghairah mengejar keuntungan royalti supaya setanding J.K. Rowling? Tapi movie-movie Harry Potter sangat best kan.

0 comments: