BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 15, 2010

Seri Kaya : Made by Yaya

Kepada mereka yang ada dalam friend list OSR di Facebook, mesti ada di antara you all yang keliru dan hairan, kenapalah OSR asyik bising tentang Seri Kaya (atau nama komersilnya KAYA YAYA) je. Kisahnya pendek je.

OSR sedang kelam kabut melaksanakan Final Year Project. Tajuk projek OSR ialah :

Shelf Life Studies of Homemade Seri Kaya

OSR hanya sekadar nak berkongsi resepi Seri Kaya. Resepi ni OSR dapat dari MARDI. Kepada sesiapa yang berminat boleh lah mencuba. Sedap tau! (Promote pulak).

RESEPI SERI KAYA

Bahan-bahan :

500g telur ayam
250g santan
700g gula
34.5g gula hangus (50% gula, 50% air)

Cara-caranya :

1. Pecahkan telur. Kuning dan putih telur disebatikan dengan cara mengacau.
2. Gula ditambahkan sedikit demi sedikit dan dikacau sehingga sebati.
3. Campuran dipanaskan sambil dikacau terus menerus hingga pekat.
4. Apabila campuran telur dan gula mencapai kepekatan 75 °Brix (kira-kira 15 minit mengacau), tambahkan santan dan dikacau.
5. Gula hangus ditambah dan dikacau sambil dipanaskan sehingga mencapai 70 °Brix (kira-kira 15 minit selepas santan dimasukkan).
6. Isi ke dalam botol yang telah disteril.
7. Tutup botol semasa panas.
8. Seri kaya yang dibotolkan dipasteur dalam air mendidih selama 30 minit.
9. Botol disejukkan di dalam air yang mengalir.
10. Setelah sejuk botol dikeringkan dan disimpan.

Informasi

*Bahan-bahan tadi boleh menghasilkan bekalan seri kaya di rumah yang cukup untuk setahun (Lihat gambar).
*°Brix ialah unit yang disukat sebagai darjah kepekatan sesuatu bahan. Ia disukat menggunakan refractometer.
*OSR menyertakan teknik pembungkusan seri kaya sekali untuk you all apply supaya seri kaya boleh disimpan lebih lama
*Kalau lihat bahan-bahannya, memang kita tahu seri kaya banyak kolesterol. Tapi kita bukan makan seri kaya banyak-banyak macam makan nasi kan? ;)

Selamat mencuba!

0 comments: