BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, July 13, 2010

Impulse Purchase : Kadang-kadang bagus juga

Hai readers!

Pernah rasa menyesal sebab beli sesuatu lepas tu benda tu tidak dapat digunakan secara optimum?

Tambahan pula kalau benda tu bukan sesuatu yang anda mampu beli tapi anda sanggup ber-over budget demi memuaskan hati sendiri.

Pasti pernah. Ini adalah kesan sampingan kepada impulse purchase.

Jangan risau, ibarat slogan Liverpool F.C. :

*You'll never walk alone*

Yeah. Anda tidak keseorangan.

*Motif beli tights banyak-banyak lepas tu biar reput je dalam almari?!*

Sungguh menyesal, especially tights yang tengah-tengah tu dah koyak sebelum sempat dipakai. Sobbsss..

Tapi pernahkah anda rasa sebaliknya?

Maksud OSR bila anda beli sesuatu dan benda itu tersangat berguna sehinggakan anda rasa seperti "Kenapalah aku tak beli benda ni awal-awal dulu".

This is so OMG.

OSR baru beli sesuatu dan ianya sangat awesome dan berguna.

*OSR bukan gila gadget pun. Ada Sony Walkman pun jadilah ;p*

Sumbat segala jenis lagu yang ada, lepas tu bila lagu bosan boleh tekan button ZAP untuk dengar dan pilih lagu mana yang mahu didengar.

Kenapa kat kedai tak ada jual sarung getah yang macam kondom tu untuk Sony Walkman? Ke OSR yang terlepas pandang?

0 comments: