BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 15, 2010

Eyeliner terbaik : Pilihan OSR!

OSR suka beli-beli eyeliner ni. Tapi selalu hilang je. Tak pun patah ataupun expired dalam handbag. Bukan apa. OSR rasa pemakaian eyeliner ni tak praktikal untuk diri OSR yang gemar keluar rumah main redah je. Lagipun selalunya gadis-gadis ni make up untuk dapatkan perhatian lelaki ;) OSR tak perlu perhatian lelaki (Oh sounds so gay).

Tapi sebagai seorang gadis yang sedang UP dan dalam proses mencari JODOH (-_-"), kenalah mekap-mekap sikit kan. Baru nampak berseri sikit. Itulah pesanan seorang makcik kepada OSR masa balik kampung minggu lepas.

OSR pernah cuba macam-macam brand. Tapi selalunya yang jenis kalis air menjadi pilihan. OSR pun tak faham kenapa semua orang nak eyeliner kalis air. Takkan kita nak menangis setiap hari, sampai memerlukan waterproof eyeliner. Ataupun sebab tak nak eyeliner pudar terkena peluh. Oh come on, mana ada peluh kat mata macam peluh kat ketiak sampai cecair peluh tu mampu menanggalkan waterproof eyeliner. Sebenarnya yang menyebabkan eyeliner itu pudar ialah kerana kelopak mata yang berminyak. Tak tahulah kelopak mata you all, tapi kelopak mata OSR jenis yang berminyak.

OSR pernah cuba brand Avon. Harganya in range RM10 - RM15, bergantung pada promotion kempen. Eyeliner ni tak kalis air, bagus untuk muslimah, senang nak remove before wuduk. Harganya pun murah, so memang menjadi kegemaran ramai orang. Bagi OSR, eyeliner Avon agak sukar untuk di-apply, sebab warna dia macam susah je nak melekat kat kelopak mata OSR. Maksudnya, OSR kena sapu 2-3 kali barulah warna dia melekat dan memuaskan. Tapi dari segi harga memang OSR suka sangat-sangat :D

*Avon Glimmersticks Eyeliner*OSR's Rating 3/5

Brand lain yang OSR pernah cuba ialah Maybelline jenis Unstoppable Eyeliner. Harga lebih kurang RM20. Warna dia lebih pekat dari Avon. Tapi dia tipu! Kata waterproof. OSR pakai eyeliner ni pergi tengok wayang lepas tu hujan pulak. Berlari-lari anak pergi ke kereta, masuk kereta dan tengok cermin, tadaaa! Panda eyes! Sangat sedih. Smudge proof seperti yang di-claim pada pack eyeliner tu mungkin ada benarnya. Mata eyeliner tu tak mudah pecah, dan kalau jari kita tersentuh atau terlanggar bahagian yang dah dicalit eyeliner tu, line yang kita buat tu tak bersepai ke tempat lain.

*Maybelline Unstoppable Eyeliner*OSR's Rating 3.5/5

Tapi selepas itu OSR cuba guna Maybelline Eye Studio Lasting Drama Gel Eyeliner. OK Yang ini memang cool. Smooth. Warnanya pekat, tahan lama dan hasilnya memang memuaskan. Senang sangat bila apply kat mata, tapi leceh! Ada berus dia pulak. Ada jar lagi. Bagi OSR, kalau nak bawa pergi ke mana-mana macam susah je. Harganya pun agak mahal, RM39.90, tapi sesuai dengan kualitinya :) Jar dia memang comel, tapi lid dia made of aluminum je. Oh, ya. Khymm Lam, seorang shopaholic di Filipina mendapati ink eyeliner ni tak kering dalam jar walaupun selepas enam bulan.
*Maybelline Eye Studio Gel Eyeliner*OSR's Rating 4.5/5

Dan OSR beli satu lagi eyeliner baru. Ini adalah hasil recommendation seorang kawan. In 2 It Waterproof Gel Liner. Harganya dalam RM 24. Baru cuba sekali saja sekejap tadi, dan hasilnya sangat menakjubkan. Sungguh smooth, sungguh tepat dan tak ada smudge! Dan benar-benar kalis air. Bila google gambar untuk eyeliner ni tak ada pulak, jadi terpaksa upload sendiri T_T

*IN2IT Waterproof Gel Eyeliner*OSR's Rating 5/5

Lepas guna eyeliner, OSR akan pastikan semua calitan di mata dibuang sebelum tidur. OSR akan gunakan cotton pad dan make up remover. Kalau tak nanti habislah pillowcase bertompok-tompok Y_Y

1 comments:

Sharz said...

memang paling suke in2it punye eyeliner yg stick..pekat n tahan lame xmcm brand lain2.. =)